Dinding melayang

Kuala Lumpur: Lain ditutup lain pula yang terbuka. Begitulah kejadian menakutkan yang ditempuh oleh seorang suri rumah apabila dinding kediamannya di tingkat 10 Flat Jalan Loke Yew di sini, diterbangkan ribut petang semalam.
Ketika kejadian dalam hujan lebat kira-kira 5.45 petang itu, Sunita Rosdi, 35, baru terjaga dari tidur dan mahu menutup pintu rumah apabila secara tiba-tiba dinding diperbuat daripada kayu itu bagaikan direntap dari luar dan diterbangkan angin.
"Saya yang terkejut dengan kejadian itu terus masuk ke dapur untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Mujur barangan rumah tidak dibawa ribut.
"Kejadian hanya berlaku kurang dua minit dan saya amat lega kerana anak tiada di rumah ketika itu," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Beliau berkata, rumahnya kini sedang dibaik pulih oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dijangka siap sepenuhnya hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top