15 minit tahan sakit



Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 15 minit selepas kasut dan jari kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini, semalam.
Menurut sumber, dipercayai dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa bersama ibunya berusia 30-an sedang menuruni eskalator berkenaan untuk ke tingkat bawah sebelum kasut kaki kanan mangsa tersepit.
"Walaupun orang awam membantu, tetapi gagal mengeluarkan kaki mangsa. Beberapa pengawal keselamatan kemudian membantu dan mengeluarkan kaki mangsa. Kejadian itu mengakibatkan tiga jari kaki kanan mangsa cedera," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua operasi Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Arshad Mail berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 12.32 tengah hari.
Katanya, sebuah lapan anggota bersama sebuah jentera dan jentera jentera Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba jam 12.36 tengah hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top