WhatsApp Akan Keluarkn Panggilan Video|Aplikasi pesan instant yang sekarang milik Facebook, WhatsApp dilaporkan akan segera menambahkan fitur baru yang akan memperkaya fitur di dalamnya. Ya, fitur tersebut adalah layanan panggilan video atau video call, di mana fitur ini sudah ada di beberapa aplikasi pesan lain seperti Line dan We Chat.


    Selain itu pengguna juga boleh untuk mematikan mikrofon dengan pilihan mute. Versi WhatsApp untuk iOS yang membawa fitur video call diduga sebagai versi 2.12.16.2, mengingat bahwa versi yang ada masa ini di App Store masih versi 2.12.12.
    WhatsApp juga menambahkan beragam pilihan tab chat. Dengan menggunakan tab chat itu, pengguna bisa bolak-balik dan ke luar dari chat individu, tanpa harus kembali ke daftar obrolan WhatsApp. Selain itu, aplikasi juga mendapatkan make over dengan fokus di warna hijau.
    Semoga fitur layanan panggilan video atau video call ini segera digulirkan dalam waktu yang tidak lama. Sebagai tambahan, fitur panggilan suara melalui suara telah hadir di platform Android sejak tahun lalu, dan kemudian di susul platform iOS pada bulan April lalu.


    Terbaru Dari Samsung Garap Bio-Processor, Chipset untuk Wearable Pemantau Kebugaran|Mungkin selama ini kita mengetahui Samsung hanya memproduksi prosesor Exynos yang ditujukan untuk perangkat mobile. Namun tak hanya dengan Exynos saja, raksasa dari Korea Selatan itu juga  mengumumkan prosesor terbaruya yang dinamai Bio-Processor.


    Meski sama-sama prosesor, namun Bio-Processor diperuntukan untuk hal yang beda dengan Exynos. Jika prosesor Exynos ditujukan untuk menyokong perangkat mobile seperti tablet atau smartphone, Bio-Processor yang satu ini ditujukan untuk memantau tingkat kebugaran sang pengguna.
    Seperti yang dikutip dari The Verge, Selasa (29/12/2015), Jadi jika Exynos lebih fokus ke smartphone dengan beban komputasi yang berat, Bio-Processor akan dibenamkan di perangkat wearable seperti gelang pintar atau jam tangan pintar yang sedang trend saat ini.
    Biasanya wearable saat ini hanya dapat memantau tingkat kebugaran seperti berapa kalori yang telah terbakar saat olahraga atau memantau kualitas tidur, kelebihan utama Bio-Processor antara lain adalah mampu mendeteksi tingkat lemak tubuh, kekejangan otot, detak jantung, temperatur kulit, dan tingkat stres pengguna.
    Sebelumnya, jika Apple sebenarnya juga ingin membenamkan kemampuan serupa pada Apple Watch. Namun karena beberapa kendala, akhirnya perusahaan yang berbasis di Cupertino, Amerika Serikat itu hanya membenamkan sensor detak jantung saja.
    Setelah meluncurnya Bio-Processor ini, dapat dipastikan raksasa Korea Selatan itu berada selangkah di depan Apple di bidang wearable. Bahkan analis memprediksikan bukan tidak mungkin jika generasi Apple Watch selanjutnya bakal menggunakan chip Bio-Processor sebagai otaknya.
    Rencananya, Samsung akan mulai menjual prosesor ini pada awal paruh tahun 2016 mendatang. Selain dibenamkan di perangkat wearable buatannya sendiri, analis juga berpendapat jika chipset Bio-Processor bakal hadir di perangkat wearable vendor pihak ketiga


    Duet Dengan Penyanyi Popular|Aplikasi Sing! yang dihasilkan Smule membolehkan pengguna berkaraoke dan berduet de­ngan penyanyi secara spontan seakan-akan berada di sebelah selebriti terbabit.

    Anda boleh memilih untuk merakam video berkaraoke dengan beberapa kesan khas audio yang turut disediakan.

    Malah, penyanyi boleh berkongsi video terbabit dan menjadi popular, namun aplikasi hanya untuk lagu berbahasa Inggeris.

    Masih lagi seronok berkaraoke, Sing! turut mempunyai penapis suara khas untuk meningkatkan prestasi suara anda.

    Sekiranya anda mempunyai Apple TV baru, boleh pula dipasangkan dengan mikrofon untuk berkaraoke seisi keluarga.


    TEKNOLOGI Sukan Kini Lebih Maju|Anda mungkin masih mengingati jaguh olahraga 400 meter lari berpagar negara, Noraseela Khalid yang mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi malah pernah meraih pingat gangsa Sukan Asia 2006.

    Namun, beliau terpaksa melupakan karier cemerlangnya sebagai atlet selepas dilaporkan tidak mampu berlari kerana kecederaan.

    Awal tahun ini, Seela terpaksa melupakan kariernya berikutan kecederaan lama yang masih menghantuinya.


    Meskipun kecederaan tidak dapat dielakkan dalam sukan, perkembangan teknologi kini boleh membantu ahli sukan yang berwibawa seperti Seela untuk tidak risau mengenai keperluan bersara daripada kerjaya yang sedang berkembang akibat kecederaan.

    “Kira-kira 70 peratus kecederaan berlaku kerana aktiviti badan berlebihan.
    Ia berlaku kerana terlalu banyak tekanan pada badan atlet sama ada dalam otot, sendi atau sistem kardiovaskular,” kata pegawai perubatan sukan, Dr Roger Tian.

    Namun, dengan adanya teknologi canggih seperti yang dihasilkan pembuat perisian, SAP, ia berupaya membantu mengelak ahli sukan menempuh masa sukar membabitkan kecederaan.

    Firma penyelesaian teknologi maklumat Jerman itu melancarkan aplikasi baru untuk digunakan ahli sukan dan pihak pengurusan di seluruh dunia meningkatkan pengalaman mereka dan membantu mencegah pemain daripada mendapat kecederaan.

    Hanya dengan data dikumpul dalam sensor kecil dan kemudian dianalisis secara komprehensif melalui komputer, pihak pengurusan sukan berupaya melihat sejauh mana kemampuan atlet itu beraksi dan masa depan prestasi.

    Aplikasi pemantau risiko kecederaan terbabit mengumpul data seperti kadar jantung pemain, kadar pernafasan dan jarak perjalanan melalui sensor yang dilekatkan pada peranti boleh pakai atau mana-mana peranti dirasakan sesuai oleh pihak pengurusan sukan.


    Atlet boleh memakainya ketika perlawanan dan latihan untuk mengira tahap kecergasan mereka dengan mengambil kira sejarah kecederaan lampau dan diet.

    Pihak pengurusan seperti jurulatih pula boleh melihat data dalam maklumat visual, dipermudahkan untuk profesional perubatan untuk menganalisis secara kolektif sekali gus mengurangkan risiko dengan pantas.

    SAP mempamerkan teknologi terbabit kepada media termasuk IT@Metro ketika sesi yang berlangsung di Si­ngapura, baru-baru ini.

    Ketika sesi terbabit, penjaga gol pasukan bola sepak Home United dari Singapura, Zulfairuuz Rudy melakukan demonstrasi aplikasi secara langsung, menunjukkan latihan bola sepak mudah dengan memakai baju khas di sebalik jersi beliau.

    Data termasuk keadaan dan prestasi sejarah fisiologi Zulfairuuz ditunjukkan pada skrin pada masa sebenar yang boleh digunakan untuk me­nyesuaikan latihan pemain sekali gus meningkatkan prestasi dan tahap latihan.

    SAP percaya perisian ini juga boleh membantu pasukan kebangsaan memilih pemain hebat untuk acara sukan global seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia, seakan-akan filem Moneyball yang dikeluarkan pada 2011.

    Dalam filem berdasarkan kisah benar itu, Brad Pitt yang memainkan watak
    Billy Beane selaku pengurus Major League Baseball meng­gunakan analisis untuk mewujudkan pasukan yang memenangi musim 2002.

    Ia adalah contoh mudah bagaimana analisis memainkan peranan dalam dunia sukan di dalam dan luar padang.

    Eksekutif Penyelesaian SAP, Puneet Suppal, berkata penyelesaian terbabit berjaya menarik minat sukan seperti kriket, besbol dan bola sepak.

    “Kami masih berbincang untuk memberi tempoh masa tertentu bagi pelepasan aplikasi ini ke pasaran,” katanya.

    Analisis sukan menggunakan teknologi bukan perkara asing terutama apabila ia mula mempelihatkan hasil memberangsangkan dan ternyata berbaloi.

    Mana tidaknya, pasukan kebangsaan Jerman juga menggunakan teknologi hampir sama yang membuah­kan hasil apabila mereka merangkul juara dalam Piala Dunia tahun lalu.

    Hampir kebanyakan keputusan serta kajian terhadap pemain bola sepak dilakukan dengan analisis komputer yang membolehkan jurulatih membuat keputusan.

    Malah, teknologi analisis terbabit berupaya memaklumkan kekuatan pemain seperti kaki mana yang lebih hebat mengawal bola dan kawasan lawan mana perlu diberi perhatian khusus semuanya berdasarkan analisis tepat.

    Meskipun tidak boleh didedahkan lagi, pasukan terbabit sudah menunjukkan kesediaan menggunakan teknologi SAP yang memperluaskan penggunaan teknologi sukannya.

    Teknologi terbabit selari dengan penggunaan Hana iaitu penyelesaian generasi masa depan bertujuan membantu memudahkan tugas perkomputeran serta analisis data lebih bersepadu dan bertepatan dengan kehendak semasa.

    Terkenal dengan penyelesaian canggih bagi enterpris, SAP mengetengahkan satu lagi rumusan yang mampu membantu organisasi untuk melonjakkan operasi berskala lebih besar menggunakan teknologi perisian moden.

    Perisian berdasarkan perkomputeran ‘cloud’ di premis dan penggunaan hibrid untuk memberikan pilihan maksimum kepada pengguna yang berpotensi.

    Ia bertepatan dengan organisasi sekarang banyak menggunakan sistem teknologi yang tinggi bagi memudahkan mereka untuk me­nyimpan data, tetapi masih terdapat kekurangan apabila berlaku kesesakan talian menyebabkan sistem tidak dapat diakses.

    Teknologi ini mempunyai pelbagai guna bagi menganalisis sumber data dalam aplikasi yang boleh menyelenggarakan aplikasi organisasi seperti perancangan, peramalan, prestasi operasi dan simulasi.

    Selain itu, teknologi itu juga membantu semua jenis perniagaan bagi meningkatkan prestasi penggunaan teknologinya dalam operasi perniagaan.


    Enjin carian popular|Mengakses Internet melalui telefon pintar seperti sudah menjadi gaya hidup masyarakat kini. Semuanya seolah-olah berada di hujung jari, hanya dengan satu sentuhan, segala maklumat dapat diperoleh. Tetapi untuk maklumat sebegini, enjin carian apakah yang paling menjadi pilihan?

    Antara nama besar dalam enjin carian sudah tentu Google Chrome, yang mendominasi keseluruhan enjin carian tetapi masih banyak lagi enjin carian lain yang popular dan sering digunakan oleh pengguna.
    Google Chrome, aplikasi carian milik Google dimuat turun 500 juta hingga 1 bilion pengguna. 

    Mengekori rapat adalah UC Browser, aplikasi yang dikembangkan oleh UCWeb Inc, yang dimuat turun 500 juta pengguna. Selain Google Chrome dan UC Browser, enjin carian popular yang turut menjadi pilihan adalah seperti berikut:
    Firefox
    Carian menerusi Firefox mungkin tidak sehebat Google dan UC Browser tetapi ia masih menjadi pilihan dengan dimuat turun sebanyak 100 juta kali.
    Opera

    Aplikasi enjin carian ini memiliki data yang lebih kecil dibanding dengan beberapa aplikasi sebelumnya iaitu 18.6 Megabait (MB) saja. Namun, ia menerima jumlah muat turun yang agak banyak iaitu sekitar 100 juta.

    Dolphin

    Aplikasi dari Dolphin Browser ini memiliki jumlah muat turun yang sama dengan Opera iaitu 100 juta kali.
    CM Broser
    CM browser adalah aplikasi yang dikembangkan oleh Cheetah Mobile Inc. Aplikasi ini memiliki data yang tidak terlalu besar iaitu 1.9 MB.

    Baidu Browser

    Aplikasi carian internet yang terkenal sebagai Google Chrome dari China ini, dimuat turun sebanyak 50 juta kali.
    Maxton Maxton Browser, namanya memang tidak popular tetapi ia berpotensi untuk berada di kedudukan tiga enjin carian terbaik walaupun setakat ini, ia hanya dimuat turun sebanyak 50 juta kali.

    Boat Browser
    Boat Browser dimuat turun 10 juta kali.

    1

    Aplikasi Gmail kini pelbagai|Pengguna aplikasi Gmail di Android kini bukan saja boleh membuka dan menghantar e-mel Gmail tetapi turut boleh membuka pelbagai akuan e-mel lain dalam satu aplikasi. 

    Penambahbaikan ini membolehkan pengguna menggunakan akuan Gmail dan juga akaun lain seperti emel Yahoo dan Outlook.com. Fungsi baru ini bagi membolehkan pengguna e-mel Gmail tidak menghadapi kesukaran dan dalam satu paparan yang sama mereka boleh memilih untuk membuka akaun emel yang dipilih. Malah terdapat beberapa fungsi baharu lain dalam aplikasi Gmail terbaharu ini. 

    Antaranya fungsi pencarian dengan peningkatan auto-complete, penambahan animasi dan mampu membuka paparan fail yang lebih besar. Sebagai tambahan, pengguna Gmail Android ini juga boleh menyimpan lampiran ke Google Drive dengan satu sentuhan.Fungsi lain adalah menampilkan pesanan masuk daripada pelbagai akaun e-mel dalam satu paparan sama.

     Sebelum ini, Microsoft juga telah melancarkan aplikasi Outlook untuk iOS dan Android yang juga membolehkan penggunanya untuk melakukan perkara sama.

    Aplikasi Gmail kini pelbagai

    Apple merupakan syarikat yang mula-mula menamatkan sokongan pelayar web Safari iOS kepada plugin Adobe dan kini Mozilla Firefox pula menjadi pelayar web terbaru untuk menamatkan sokongan Flash.

     Ia kini menggunakan satu fungsi yang boleh memainkan video flash tanpa memerlukan plugin dari Adobe.
    1

    Versi Baru Mozilla Firefox Tidak Menyokong Flash

    Versi baru Mozilla Firefox kini menyertakan fungsi yang dipanggil Shumway yang dibangunkan untuk memainkan video swf dengan lebih efisyen. 

    Buat masa ini ia hanya boleh dijalankan untuk video produk amazon.com untuk Windows dan OS X, tetapi Mozilla mempunyai perancangan untuk memperkembangkannya di masa hadapan.
     
    Tahun 2015 merupakan tahun yang sukar bagi Flash dengan Youtube, salah satu pelanggan terbesarnya, memberikan satu tamparan maut dengan memilih untuk menggunakan HTML 5 untuk semua video dalam laman tersebut. Namun, ia masih menggunakan Flash dalam situasi yang perlu.

    Sejak Apple membuat keputusan untuk tidak menyokong Flash dalam OS mudahalihnya, iOS, terdapat satu penghijrahan besar-besaran kepada penggunaan HTML 5. Namun pelayar web popular seperti Google Chrome masih menyokong Flash melalui plugin terbina 
    dalam.

    Buat masa ini Flash masih mempunyai tempat di internet memandangkan jumlah laman web yang besar yang dibina atas platformnya dan juga kerana plugin IE yang cuba mengelak dari penggunaan plugin flash sering membuka masalah keselamatan kepada komputer pengguna. Tetapi persoalannya sampai bilakah ia boleh bertahan sebelum ia pupus dari internet?


    Kepingan berlian serlah elemen mewah Oppo R1X|OPPO memperkenalkan model telefon pintar terbaharunya, Oppo R1x yang disifatkan sebagai menepati kehendak pengguna yang mahukan elemen mewah kerana mempunyai rekaan kepingan berlian di belakangnya.

    Oppo R1x turut dilengkapi dengan penggunaan perlindungan Gorilla Glass 3. Mengikut spesifikasi, peranti itu hanya setebal 6.85 milimeter dilengkapi skrin 12 sentimeter (sm) dengan resolusi HD 720 x 1280 piksel. Oppo R1x turut dipadankan dengan pemproses Snapdragon 615 1.7GHz yang disokong oleh RAM 2GB.

    Peranti baharu ini juga didatangkan dengan memori simpanan 128GB serta tambahan 16GB microSD. Penggunaan telefon bimbit ini dikendalikan oleh sistem operasi OS Android KitKat 4.4.Telefon pintar ini mempunyai kamera utama 13MP di hadapan serta kamera sekunder 5MP. Untuk pilihan warna, Oppo R1x hanya ditawarkan dalam dua pilihan warna, Ice White serta Sapphire Blue.


    Sejumlah syarikat sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam mengatasi penggunaan kata laluan biasa. Terkini, untuk Windows 10, Microsoft memperkenalkan sokongan Windows Hello yang membolehkan anda log masuk tanpa perlu memasukkan kata laluan.

    Melalui Windows 10, ia boleh menggunakan kamera hadapan untuk mengimbas wajah, ataupun turut menggunakan pengimbas jari jika ia disertakan pada sesuatu komputer riba – atau dalam erti kata lain, menggunakan pengesahan biometrik.

    Fungsi ini mungkin tidak begitu menyokong beberapa komputer riba baru, sebaliknya akan hadir terbina pada beberapa komputer riba baru yang kaan datang.

    Bersama-sama dengan Windows Hello, Microsoft juga turut berkongsi mengenai sebuah penawaran baru dinamakan “Microsoft Passport”. Passport membolehkan anda log masuk ke sesuatu aplikasi atau laman web tanpa perlu menggunakan kata laluan.

    1

    Microsoft menekankan dengan pengenalan sokongan baru ini, Microsoft ingin menawarkan kemudahan untuk menggunakan perkhidmatan mereka, dan pada masa yang sama menekankan kepada privasi yang dibawakan oleh Windows 10.

    Windows 10 akan digunakan pada komputer riba, tablet, telefon pintar dan pelbagai peranti lain. Kita mungkin akan dapat melihat penggunaan Windows Hello ini pada pelbagai peranti baru berasaskan Windows 10 kelak.


    Enjin carian terbaru Microsoft|BERITA mengenai perkembangan aplikasi enjin carian baru Microsoft sudah mula kedengaran dalam kalangan pemerhati teknologi sejak beberapa bulan lalu namun Microsoft tetap mengunci mulut mengenainya.

    Sehinggalah ketika acara Microsoft Build yang lalu, Microsoft dengan rasminya memperkenalkan enjin carian baru darinya, Microsoft Edge.

    Meskipun telah secara rasmi diumumkan, aplikasi enjin Microsoft Edge ini bukanlah pengganti kepada Internet Explorer (IE).

    Ini kerana Microsoft akan melancarkan Windows 10 dengan dua aplikasi enjin carian sekali gus, iaitu IE serta Microsoft Edge.

    Dibandingkan dengan IE, aplikasi enjin carian Microsoft Edge disifatkan mempunyai kemampuan yang lebih baik dari IE.

    Ini kerana aplikasi tersebut mempunyai fungsi penggunaan tulisan tangan serta boleh menyokong ciri Windows lain seperti aplikasi Cortana.

    Sebagai tambahan, aplikasi Microsoft Edge ini juga mendukung penggunaan HTML serta Javascript.

    Pemerhati melihat aplikasi ini sebagai kesinambungan aplikasi enjin carian yang telah direka sebelum ini seperti Chrome dan Firefox.


    Microsoft Akan Menamatkan Jenama Internet Explorer Bersama-sama Pengenalan Windows 10| Internet Explorer merupakan pelayar web utama yang hadir bersama-sama sistem operasi Windows. 

    Sejak beberapa tahun lepas, Microsoft telah mula menambah-baik penawaran pelayar web berkenaan, tetapi pengguna masih tidak dapat menerima penggunaannya – salah satu sebabnya adalah kerana jenama Internet Explorer yang selalu sinonim dengan pelbagai masalah ketika melayari web beberapa tahun lepas.

    Pada awal tahun ini, ketika berkongsi mengenai beberapa fungsi Windows 10, Microsoft telah memperlihatkan pelayar web baru menggunakan nama kod “Project Spartan”. Kini, ia dilihat pelayar web berkenaan kelak akan menggantikan Internet Explorer, dan pada masa yang sama penggunaan jenama Internet Explorer akan ditamatkan secara berperingkat selepas itu.

    Ia dikatakan Microsoft akan masih menyertakan Internet Explorer, tetapi lebih kepada Windows 10 versi perusahaan – sebaliknya untuk pengguna umum mereka dijangka akan memperkenalkan pelayar web baru berasaskan “Project Spartan” ini. “Project Spartan” ini dikatakan akan menjadi medium utama untuk para pengguna melayari web pada Windows 10 kelak.

    Microsoft dikatakan masih sedang memikirkan nama baru untuk pelayar web mereka yang bakal menggantikan Internet Explorer kelak. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai perancangan Microsoft ini dalam masa beberapa bulan lagi, dan melihat sendiri bagaimana pihak Microsoft ingin mengubah persepsi pengguna terhadap pelayar web mereka melalui pengenalan jenama baru kelak.


    Microsoft bekerjasama dengan syarikat China untuk merangsang penggunaan Windows 10| Hampir semua orang berbual mengenai Windows 10 yang bakal berada di pasaran pertengahan tahun ini di 190 negara dan hadir dengan 111 bahasa.

    China menjadi fokus pembangunan Microsoft untuk merangsang penggunaan Windows terbaru itu ke seluruh dunia.

    Microsoft bekerjasama dengan syarikat teknologi China seperti Lenovo, Tencent dan Qihu 360 untuk merangsang penggunaan Windows 10 di seluruh dunia.

    Terdapat 2,500 pusat servis di China akan menawarkan peningkatan Windows 10 selain menjual Windows Phone menerusi China Mobile.

    Pengguna Windows 7, 8.1 dan 8.1 mobile boleh meningkatkan sistem kepada Windows 10 secara percuma untuk tahun pertama ia dilancarkan.

    Windows 10 juga bakal dilengkapi dengan sistem pengesahan biometrik baru yang dikenali sebagai Windows Hello.

    Pelbagai produk berkaitan Windows 10 akan diperluaskan untuk merangsang penggunaannya termasuk permainan video dan perisian keselamatan internet.

    Tencent akan melancarkan QQ App dan permainan PC popular seperti League of Legends dan Cross Fire untuk Windows 10.

    Selain Qihu 360 akan menawarkan Windows 10 secara percuma kepada pengguna produk keselamatan komputernya.

    Microsoft juga bekerjasama dengan pengeluar telefon pintar China, Xiaomi untuk menguji dan menggantikan sistem operasi peranti android itu kepada Windows 10.

    Ketika ini, 1.5 bilion pengguna menggunakan sistem operasi Windows di seluruh dunia.
    Bayangkan pengembangan industri Internet of Things (IOT) atau pengencaman maya versi baru yang bakal diperkenalkan secara percuma oleh Microsoft.


    Model baharu Sony tiada keistimewaan|Sony melancarkan model telefon pintar terbaharunya, Sony Xperia A4 di Jepun sebelum memasuki pasaran negara lain.

    Tetapi model terbaharu ini dilihat tidak mempunyai keistimewaan tersendiri kerana model ini menggunakan komponen atau teknologi lama.

     sekali gus membuatkan pemerhati teknologi berasa sedikit hampa kerana menjangkakan Sony akan membawa satu teknologi baru dalam dunia telefon pintar sesuai dengan penjenamaan Sony di pasaran dunia.

    Telefon pintar ini mempunyai skrin HD berukuran 4.6 inci dan memilih untuk menggunakan prosesor quad core Snapdragon 801.
    Selain itu, terdapat RAM berkapasiti 2GB serta simpanan memori dalaman 16GB ditambah slot microSD.
    Fungsi lainnya, ia turut dilengkapi dengan kamera utama 20.7 MP di bahagian belakang serta bateri sebesar 2.600 mAh.

    Tidak hanya itu, telefon pintar ini turut mempunyai sambungan WiFi 802.11ac, Bluetooth 4.0 serta 4G LTE.

    Jika diteliti, spesifikasi model ini sangat mirip dengan spesifikasi model Xperia Z3 sCompact yang turut dilengkapi dengan ketahanan air serta debu

    Lenovo A7000, telefon pintar pertama dunia dengan Dolby Atmos|Lenovo Malaysia melancarkan model A7000, telefon pintar pertama di dunia yang menampilkan teknologi audio Dolby Atmos

    Ketua Negara, Foo Mun Yee, berkata telefon itu yang dilengkapi dengan teknologi audio memenuhi keperluan mereka yang bergantung kepada telefon untuk menikmati muzik, video atau bermain permainan.
    11

    Selama enam minggu bermula dari 20 Mei dan dengan kerjasama Lazada Group, A7000 akan dijual melalui Lazada.MY dengan harga RM625 termasuk GST, kata beliau pada majlis pelancaran model telefon itu hari ini.

    Penjualan telefon pintar itu akan dibuat secara eksklusif merentasi enam negara di Asia Tenggara di mana Lazada beroperasi.
    "Pendaftaran untuk pembelian bermula hari ini dengan jualan besar-besaran bermula 20 Mei ini," katanya.

    Ketua Pegawai Komersial Lazada Malaysia, Christian Nill berkata A7000 adalah model terbaik untuk Lazada jual di laman webnya.

    Pada tahun 2014, Lenovo menjual 25 juta peranti keluarannya di seluruh dunia, dan angka ini dijangka meningkat kepada 100 juta pada tahun ini


    Samsung Perkenal Model Terkini Galaxy S6, S6 Edge|Samsung Malaysia Electronics akan memperkenalkan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge ke pasaran tempatan mulai 17 April ini. Ini menjadikan Malaysia antara pasaran pertama Asia Tenggara yang menerima kemasukan model berkenaan yang disasarkan kepada pengguna enterpris. 

    Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Sang Hoon, berkata kedua-dua model yang meneruskan kelangsungan siri telefon pintar Galaxy S, memberikan hasil terbaik dari segi memaksimumkan produktiviti dan keselamatan pengguna.

    "Galaxy S6 dan S6 Edge bersedia menyokong usaha perniagaan pengguna pada bila-bila masa dan di mana juga," katanya pada majlis pelancaran kedua-dua model berkenaan di sini hari ini. Mengulas lanjut, Sang Hoon berkata Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge menetapkan penanda aras baharu dari segi reka bentuk, kemasan dan prestasi. 

    Berikutan sambutan baik pengguna tempatan terhadap siri itu sebelum ini, beliau berkata Samsung memilih Malaysia untuk menyaksikan ketibaan dua telefon pintar berkuasa tinggi yang sukar ditandingi telefon pintar lain.

     "Menerusi reka bentuk yang diilhamkan semula, disokong pula oleh rangkaian mantap rakan penyedia perkhidmatan, pengguna diberikan pengalaman terunggul bagi telefon pintar," katanya. 

    Ciri-ciri dipertingkatkan paling utama bagi kedua-dua model berkenaan adalah standard industri baharu bagi mengecas tanpa wayar. Peralatan itu mampu berfungsi dengan mana-mana pad mengecas di pasaran yang menyokong standard WPC dan PMA. Ia mengecas lebih pantas berbanding siri Galaxy S5, dengan menghasilkan masa penggunaan empat jam selepas hanya 10 minit dicas .

     Kedua-dua model juga dilengkapi pengimbas resolusi tinggi kamera depan (5 megapiksel) dan kamera belakang (16 megapiksel). Menambah kualitinya, kedua-dua telefon pintar dilengkapi dengan kaca paling teguh di pasaran ketika ini iaitu Corning Gorilla Glass 4. 

    Harga runcit bagi Samsung Galaxy S6 adalah RM2,599 manakala Samsung Galaxy S6 Edge RM3,099, termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan opsyen storan 16GB.

     Harga runcit bagi pad mengecas pula adalah RM232. Pilihan warna bagi Samsung Galaxy S6 adalah White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum dan Blue Topaz. Samsung Galaxy S6 Edge pula ditawarkan dalam warna Green Emerald. Pengguna boleh membuat pra tempahan Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge bermula 3 hingga 16 April di laman web Samsung. 

    Belian yang dibuat menerusi pra tempahan akan mendapat pad mengecas secara percuma, bergantung kepada stok.


    Game Boy dalam iPhone|KEMUNCULAN pelbagai permainan video baru membuatkan permainan video Game Boy semakin dilupakan walaupun ia pernah menjadi kegilaan peminat permainan video.

    Mengambil inisiatif mengembalikan kegemilangan Game Boy, syarikat pengeluar permainan video, Hyperkin mencipta satu alat yang membolehkan anda bermain Game Boy dengan menggunakan iPhone.

    Dikenali sebagai The Boy Smart, permainan video terbaru ini mempunyai slot di belakangnya yang berfungsi untuk pengguna iPhone 6 Plus.

    Boy Smart pada mulanya dirancang sebagai satu jenaka April Fool, tetapi tidak sangka jenaka ini mula mendapat tindak balas positif dari orang ramai yang mahukan ia direalisasikan menjadi produk sebenar.

    Perantinya sama seperti Game Boy cuma apa yang membezakan adalah ia sebenarnya menggunakan aplikasi dari iPhone.

    Hanya perlu muat turun aplikasi The Boy Smart dari Apple Store, masukkan iPhone ke dalam peranti Boy Smart dan anda boleh bermain seperti permainan Game Boy yang asal. Butang dan paparannya juga sama seperti Game Boy.

    Hyperkin mahu mencipta peranti retro yang boleh dengan mudah disesuaikan dengan permainan video moden.

    Malah Hyperkin juga dalam rancangan mengembangkannya untuk pengguna Android


    Color, ciri terbaru muat naik gambar di Instagram|INSTAGRAM hari ini memperkenalkan ciri terbaru bagi memberikan lebih kepuasan kepada pengguna untuk mengubah gambar sebelum dipaparkan di dalam akaun Instagram masing-masing, Sudah menjadi aliran baru pengguna media sosial kini memuat naik gambar mereka menggunakan aplikasi Instagram yang kini menjadi aplikasi media sosial nombor satu paling banyak digunakan dan popularitinya mengatasi Facebook.

     Jika sebelum ini Instagram memperkenalkan ciri kolaj, kini diperkenalkan pula ciri 'Fade' dan 'Color'.

    Fade membolehkan pengguna melembutkan warna gambar bagi memberi kesan khas seperti gambar lama atau vintage. Manakala ciri Color pula memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk menentukan warna gambar mereka menjadi lebih terang atau gelap. 

    Terdapat lapan pilihan ciri Color untuk dipilih iaitu kuning, oren, merah, merah jambu, ungu, biru, hijau dan cyan. Ciri ini dapat mewujudkan suasana dramatik dan lebih bergaya. Tidak perlu lagi mengubah gambar menggunakan aplikasi 'picture editing' yang lain sebelum memuat naik ke dalam Instagram. Kini semuanya boleh dibuat dalam satu aplikasi saja.


    Dengan pengumuman pelbagai peranti baru daripada pengeluar-pengeluar telefon seluruh dunia, semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh pengeluar telefon dari Korea Selatan, LG. Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan LG G3 yang menerima pujian ramai, dan kini pengguna menantikan pengenalan LG G4.

    Info berkaitan dengan LG G4 telah tertiris sedikit demi sedikit sejak beberapa minggu lepas, dan kini beberapa gambar hadir tertiris ke arena web memperlihatkan sebuah telefon baru baru daripada LG yang masih tidak diumumkan lagi.

    Beberapa desas-desus mengatakan ia berkemungkinan adalah LG G4. Tetapi pada masa yang sama, memandangkan pada bahagian baseband, ia memperlihatkan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 610 – maka mungkin ia bukan peranti flagship daripada LG, sebaliknya berkemungkinan salah satu variasi dibawah keluarga LG G4 kelak.

    Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi, memandangkan LG G4 dijangka akan diumumkan secara rasmi 


    Seolah-olah menantikan penguatkuasaan GST, Huawei akan melancarkan telefon pintar Huawei Honor 4X di Malaysia pada 1 April ini dan ia akan dijual pada harga RM699, iaitu lebih mahal berbanding Redmi Note 4G.

    Huawei Honor 4X Dipasarkan Di Malaysia

    Huawei Honor 4X akan dipasarkan di Malaysia menjelang 1 April pada harga RM699. Pada mulanya ia dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 410, tetapi yang dibawa masuk ke Malaysia dilengkapi pemproses 64 bit, 8 teras buatan sendiri Huawei, Kirin 620 disokong 2GB RAM. Ia juga hadir dengan skrin 720p berukuran 5.5 inci, 8GB ruang storan dengan sokongan kad MicrosSD, kamera utama BSI 13MP dan kamera hadapan 5MP manakala baterinya berkapasiti 3,000mAh. Ini meletakkannya di antara telefon pintar Honor 6 dan Honor 3C.

    Ia mempunyai ukuran 8.65mm tebal dan mempunyai berat 170g manakala dipasang dengan versi Android 4.4 Kitkat yang disokong antaramuka EMUI 3.0. Menariknya, telefon pintar ini menyokong 2 kad SIM dan rangkaian 4G LTE.

    Walaupun telefon pintar ini antara telefon pintar pertama dilancarkan dalam era penguatkuasaan GST, VMall.my akan menawarkan tawaran istimewa untuk telefon pintar ini. Tidak dapat dipastikan apa yang akan mereka tawarkan, tetapi mereka mungkin akan menawarkan hadiah percuma bagi mereka yang menempah awal telefon pintar ini. Untuk menjadi antara yang pertama mengetahui tentang tawaran ini, anda bolehlah mendaftarkan minat anda di pautan ini.


    Yahoo, Microsoft ikut jalan sendiri selepas ini| Dua nama besar dalam industri teknologi, Yahoo dan Microsoft adalah dua syarikat yang sering bersaing, tetapi mereka mempunyai pesaing terhebat iaitu Google yang mendominasi banyak perkara dalam dunia teknologi dan internet.

    Berikutan persaingan sengit itu, Yahoo dan Microsoft memutuskan untuk menjalin kerjasama pada tahun 2010 bertujuan meningkatkan perniagaan mereka dan mengalahkan Google yang kini terlalu kuat sebagai teraju dalam segmen enjin carian.

    Namun selepas lima tahun, hubungan erat itu mungkin mencapai penghujungnya kerana dikhabarkan Yahoo dan Microsoft mungkin membubarkan kerjasama mereka.

    Kerjasama itu yang direncanakan untuk bertahan selama 10 tahun, nyata cukup memberikan cabaran besar kepada dua syarikat berkenaan dan kini mereka berasakan tempoh lima tahun sudah lebih dari mencukupi.

    Dikhabarkan perbincangan di antara pihak Microsoft dengan Yahoo mengenai kerjasama itu masih berjalan walaupun perancangan awal menetapkan 30 hari selepas 23 Februari lalu untuk mencapai kata putus tetapi terpaksa dipanjangkan menjadi 60 hari.

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top