Bahan-bahan:
    1 mangkuk besar bubuk (udang gagau/ udang pasir)
    1 mangkuk lobak merah dipotong dadu halus
    5 biji bawang merah dan hijau dipotong halus
    1 mangkuk kubis dipotong halus
    1 mangkuk daun ketumbar
    1 mangkuk udang
    1 mangkuk tepung gandum
    4 sudu kecil serbuk perisa ayam
    3 sudu kecil garam
    1 sudu kecil lada putih Sarawak
    Sedikit air

    Sos istimewa
    Bahan-bahan:
    Cili merah
    Bawang merah
    Buah tomato
    Sos tomato
    1 sudu kecil gula
    Sedikit garam

    Langkah-langkah masak cucur bubuk:

    1. Masukkan bawang merah, cili merah dan hijau, 3 sudu kecil garam, 4 sudu kecil serbuk perisa ayam, dan 1 sudu kecil lada suluh ke dalam mangkuk besar. Gaul rata.
    2. Masukkan lobak merah, daun ketumbar, dan kubis.
    3. Masukkan 1-2 gelas air. Gaul.
    4. Masukkan tepung dan air ke dalam mangkuk besar tadi. Masukkan bubuk dan udang.
    5. Gaul sehingga sebati.
    6. Goreng bahan campuran tadi sehingga menjadi warna kekuningan.
    Langkah-langkah untuk sos istimewa:
    1. Kisarkan cili merah, bawang merah, dan tomato segar.
    2. Tambahkan sos tomato, 1 sudu kecil gula dan sedikit garam. Gaul rata.
    3. Hias dan hidang.


    Ini kegemaran saya.. Pulut Mangga Thai.. mangga manis.. pulut yang wangi... Nak buat ni senang saja...

    Bahan-Bahan:

    Bahan-bahan untuk pulut mangga:

    400 gram beras pulut, rendam semalaman
    1 cawan santan pekat
    1 cawan santan cair
    2-3 sudu besar gula
    sedikit garam
    beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
    2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
    3 biji mangga

    Bahan untuk kuah santan:

    1 cawan santan pekat
    1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
    1 helai daun pandan, carik dan simpul
    garam secukup rasa (biar kuah agak masin)
    Cara Penyediaan:

    Cara-cara untuk pulut:

    1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
    2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
    3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
    4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
    5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

    Cara-cara untuk kuah santan:

    1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
    2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

    Jangan lupa share resipi-resipi kepada semua ye ! !


    NASI TOMATO BERSAMA AYAM MASAK MERAH

    BAHAN NASI TOMATO:
    500gm beras
    2 ulas bawang putih | dihiris
    3 ulas bawang merah | dihiris
    1 biji bawang besar | dihiris
    125gm minyak sapi
    2 kuntum bunga cengkih
    2.5sm kulit kayu manis
    190gm pes tomato
    Garam secukup rasa
    Air secukupnya


    Cara-caranya:

    1.Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan hiris sehingga kekuningan.
    2.Selepas itu masukkan pes tomato. kacau sehingga pecah minyak.
    3.Masukkan beras, air secukupnya dan garam secukup rasa. Kacau rata.
    4.Tutup periuk dan tanak sehingga masak. Jika suka boleh letak kismis.
    5.Hidangkan bersama Ayam Masak Merah tadi.

    BAHAN AYAM MASAK MERAH
    1 ekor ayam - potong kecil dan dibuang kulit
    20 tangkai cili kering - dikisar
    7 biji bawang merah kisar
    3 ulas bawang putih kisar
    sedikit halia kisar
    sedikit lengkuas kisar
    5 batang serai kisar - ambil bahagian yang putih sahaja
    1 cawan santan pekat
    sos tomato secukupnya
    serbuk kunyit
    garam
    sedikit asam jawa
    gula apong

    Cara-caranya:

    1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
    2. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
    Masukkan santan dan kacau lagi.
    3. Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.
    4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
    5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
    6. Kacau sekali sekali dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidang


    BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG):

    8 biji kentang
    1 kotak kecil susu segar
    sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
    secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

    CARA-CARANYA

    1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
    2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
    3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
    4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
    5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
    BAHAN-BAHAN RESEPI SOS (GRAVY) KENTANG PUTAR:
    1 labu bawang besar (ditumbuk)
    2 ulas bawang putih (ditumbuk)
    4 sudu butter
    2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
    2 kiub ayam knorr
    secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
    2 1/2 cawan air

    CARA-CARANYA

    1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
    2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
    3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
    4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
    5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
    6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

    SELAMAT MENCUBA & SHARE RAKAN ANDA


    Resepi Sup Siam

    Bahan-bahan;

    1/2 kg tulang
    5 ulas bawang merah [tumbuk]
    3 ulas bawang putih [tumbuk]
    1/2 inci halia [tumbuk]
    1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
    1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
    1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
    2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
    4 biji cili padi [ketuk]
    1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
    1 biji perahan air limau nipis
    1 biji tomato [dibelah 4]
    1/2 batang saderi [hiris]
    Sedikit daun sup
    Sedikit daun bawang
    Sedikit bawang goreng
    Sedikit minyak untuk menumis
    Sedikit garam, gula dan bahan perasa

    Cara Menyediakan;

    1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
    2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
    3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
    4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
    5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
    6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
    7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang


    RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN

    Bahan-bahan:

    1/2 ekor ayam - dipotong-potong
    2 cawan air
    2 sudu makan kerisik
    2 cawan santan pekat
    2 keping asam gelugor
    2 helai daun kunyit - buang tulang tengahnya dan hiris halus
    Garam

    Bahan kisar:

    Segenggam cili padi - kalau nak lebih pedas boleh tambah cili api
    5 biji cili kering
    2 inci kunyit hidup
    2 inci lengkuas
    Cara:
    Gaul ayam dan bahan kisar di dalam kuali. Masak hingga kering sedikit.
    Masukkan air. Masak hingga mendidih.
    Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
    Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuahnya kering dan berminyak.
    Hidangkan.

    Share Supaya Tak Hilang.
    Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share


    Resipi hari ini Kebab Ayam atau dikenali sebagai Tortilla Ayam..selain daging ayam.. boleh juga letak daging lain atau sayur yang lain ikut citarasa anda...

    Masa:
    Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
    Jumlah Hidangan : 6 orang
    Bahan-Bahan:
    Bahan untuk wrap:
    6 keping roti tortila
    Mayonis
    Bahan untuk ayam panggang:
    2 keping ayam bahagian dada
    1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
    1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
    1/2 sudu kecil garam halus
    2 sudu besar minyak zaitun
    Bahan untuk salad:
    Kubis ungu, hiris sederhana nipis
    Daun salad, hiris sederhana kecil
    Ceri tomato, dibelah dua
    Karot, diparut kasar
    1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)
    Bahan untuk kuah salad:
    3 sudu besar minyak zaitun
    3 besar madu
    3 sudu besar perahan jus lemon
    Secubit garam
    Sedikit serbuk kasar lada hitam

    Cara Penyediaan:

    Cara-cara untuk ayam panggang:
    Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
    Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun selama minimum 1/2 jam.
    Panggang dengan sedikit minyak di atas kuali non-stick pada kedua belah bahagian ayam sehingga masak.
    Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.

    Cara-cara untuk salad:

    Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.
    Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama 
    beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.
    Cara untuk balutan salad (tortila wrap):
    Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
    Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas.

    Selamat mencuba !


    Bahan-bahan:
     
    beberapa ekor udang yang telah dibersihkan
    sedikit mentega/majerin
    keju mozzarella
    sedikit garam
    sedikit serbuk lada sulah
     
    Cara:
     
    1. Mula2 sekali.. udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya...
     
    2. pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam n lada sulah dalam satu bekas...
     
    3. setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang..
     
    4. kemudian... bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit juga...
     
    5. keju akan cepat cair.. jadi kalo biar lama2 nanti hangit plak cheese tu...
     
    soo.. agak2 la... bila udang dah keperangan tu maksudnya dah masak la tuh...selamat mencuba...
    .
    Share Supaya Tak Hilang.
     



    Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

    1 cawan tepung beras
    1 cawan gula
    5 cawan air
    4 sudu besar tepung beras(ratakan)
    1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
    4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
    sedikit kapur dan sedikit garam

    Cara-cara

    1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
    2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
    3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
    3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
    4. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
    5. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan.


    Bahan-bahan:
    1 ekor ayam segar seberat 1.7kg - bersihkan dan tos
     
    Bahan A:
    5cm halia - kisar
    5 biji bawang putih - kisar
    1 sudu makan Sos Ayam Pekat Maggie
    3 sudu makan sos tiram
    1 sudu makan lada putih - tumbuk
    2 sudu makan minyak bijan
     
    Bahan B:
    1 sudu makan sos tiram
    1 sudu makan sos ayam pekat Maggie
    3 sudu makan madu
     
    Cara:
    1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 4 jam / sebaiknya perap semalaman di dalam peti sejuk.
    2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan api sederhana panas - Amie panggang selama 90 minit.
    3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.
    4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
    5. Tutup api oven, dan keluarkan.
    6. Sedia untuk dihidang.

    Resipi yang amat special hari ini!!! Roti Lapis Daging! ringkas dan sedap!

    Bahan-bahan:
    - 12 keping roti
    - 3 biji telur
    - 200 ml susu segar
    - 8 keping slice Cheese
    - Keju Cedar parut
    - garam secukup rasa

    Inti Daging:
    - 300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger, dihancurkan
    - 2 ulas bawang putih ~ cincang halus
    - 1 labu bawang besar ~ di dadu
    - 1/2 peket perencah daging black paper Maggi (ita guna sos black paper Maggi 2 

    sudu besar)
    - 1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus ( ita tambah )
    - 2 batang cili padi ~ hiris halus ( ita tambah )
    - 1 batang lada merah ~ hiris halus
    - daun sup dan daun bawang ~ di mayang
    - sedikit minyak untuk menumis
    - garam dan gula secukup rasa
    Cara untuk memasak:
    - Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besarhingga harum
    - Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu 

    kering.
    - Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata
    - Tambahkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
    - Masak hingga kering dan daging empuk
    - Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang
    gaul rata
    - Tutup api dan biarkan sejuk
    - Sediakan loyang atau bekas pembakar.
    - Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
    - Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan 

    susu
    - Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
    - Susun dalam loyang pembakar satu lapisan
    - Kemudian ratakan inti daging di atasnya
    - Susukan pula slice chese atas inti daging tadi
    - ulang proses yang sama hingga habis roti
    - Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
    - Lapisan terakhir letakkan inti daging
    - taburkan dengan parutan keju
    - Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit
    Angkat setelah masak
    - Tunggu suam sikit dah boleh di potong



    Siapa yang suka makan keju dan makanan laut? Jom! Hari ini cuba resipi Kupang Berkeju Panggang hari ini!

    Bahan-bahan:
    - 500gm Kupang Segar,dibersihkan & dibuang kulit sebelahnya
    - 15 biji tomato ceri, dibelah dadu2 dan buatkan biji2 nya
    Minyak zaitun
    - Serbuk lada putih
    - Garam secukup rasa
    - Serbuk Herba daun Dill
    - Keju Mozzarella & cheddar hiris

    Cara-cara:
    - Ambil sekeping kupang, letakkan potongan ceri2 tomato
    - buburkan herda dill dan rengiskan sedikit minyak zaitun.
    - Taburkan sedikit lada putih dan garam. - Panaskan ketuhar/oven anda ke suhu 160C. - susun kepingan kulit kupang di atas dulang pembakar.
    - Taburkan keju mozzarella & cheddar yang sudah diparut. - Letakkan dulang pembakar di oven dan setkan api atas. - Bakar selama 10mins atas sesudah keju cair. Sajikan panas2. Boleh diratah2 begitu atau dijadikan starter hidangan ringan.

    Selamat mencuba.


    Hari nak ajar pula macam mana nak buat Apple Crumble Muffin...
    Sekarang sebelum buat..i dah lapar pulak ni... hehe..
    ok..serius sekarang ni...

    Masa:
    Penyediaan: 20 | Memasak: 25 | Keseluruhan: 45 minutes
    Jumlah Hidangan : 12

    Bahan-Bahan:

    Bahan untuk muffin:
    2 cawan tepung gandum
    2 sudu teh serbuk penaik
    1/2 sudu teh baking soda
    1/2 sudu kecil garam
    1/2 cawan mentega
    3/4 cawan gula kastor
    2 biji telur
    1 1/2 sudu teh esen vanilla
    2 biji epal, dipotong kiub
    2/3 cawan susu full cream
    Bahan untuk topping:
    1/3 cawan gula perang
    1/3 cawan tepung gandum
    1/2 sudu teh serbuk kayu manis
    3 sudu besar mentega

    Cara Penyediaan:

    Cara untuk muffin:
    Di dalam mangkuk, ayak tepung serbuk penaik, garam dan baking soda.
    Dalam bekas berasingan, pukul telur bersama gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan vanila kemudian diikuti tepung sedikit demi sedikit.
    Tuangkan separuh susu dan kacau sebati. Kemudian masukkan epal dan tuangkan lagi sedikit demi sedikit baki susu sehingga adunan sebati.
    Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan dengan crumd topping.
    Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170-180 celcius selama 18-25 minit.

    Cara untuk crumb topping:
    Satukan gula perang dan tepung. Kemudian gaulkan bersama butter dan serbuk kayu manis.
    Selamat mencuba.



    Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita semak resepinya...

    Kuih Bom Pisang
    Bahan:
    - 7 buah pisang emas,dilenyek halus
    - 1 1/4 cawan tepung gandum
    - 1/2 cawan gula kastor
    - 1/4 sudu teh baking powder
    - 1/4 sudu teh soda bikarbonat
    - 1 sudu besar susu tepung
    - 2 biji telur dipukul rata bersama secubit garam
    - 1/4 sudu teh esen pisang/esen vanila

    Cara:
    1.Satukan semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.Perap selama 10 minit.
    2.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
    3.Menggunakan tangan,ambil sedikit adunan dan punjutkan ke dalam minyak panas tadi.
    4.Goreng kuih bom dengan api perlahan hingga perang.Angkat dan toskan.

    *Kalau tak pandai guna tangan utk punjutkan adunan,gunakan sudu kecil.

    Selamat mencuba...



    Resepi Omelette Berinti Daging|Omelette berinti daging pernah makan?
    Kalau tak pernah, sekarang i nak ajar macam mana nak buatnya…
    Bahan-Bahan:

    3 biji telur
    3 sudu besar susu Full Cream
    sedikit garam
    keju parmesan/mozarella (optional)
    minyak zaitun
    Bahan untuk filling:
    1/3 cawan daging kisar
    1/2 biji kentang, diparut kasar
    capsicum/lada benggala hijau, dihiris nipis
    1/2 biji bawang, dihiris nipis
    1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
    sedikit garam
    Cara Penyediaan:
    1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging kisar, lada hitam dan sedikit garam. Kacau sehingga daging masak dan kering airnya.
    2. Masukkan capsicum hijau dan parutan kentang, kacau selama 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
    3. Dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan tuang bancuhan telur tadi. 
    Masak di atas api yang perlahan. 4. Kacau dan balik-balikkan di tengah bahagian telur yang cair supaya masak sekata. Kemudian taburkan dengan bahan filling tadi di setengah bahagian telur sahaja supaya proses melipat telur menjadi mudah. Taburkan juga dengan cheese pilihan anda. 5. Lipat telur dan masak setiap bahagian selama 1-2 minit. Angkat dan hidangkan.


    Resepi Nasi Lemak Rendang Ayam|Sarapan kegemaran rakyat Malaysia ! Nasi Lemak Ayam Rendang…
    Bahan-Bahan:
    3 cawan beras
    3 1/2 cawan santan
    3 ulas bawang merah (hiris halus)
    2 cm halia (hiris halus)
    garam secukup rasa
    2 helai daun pandan (dicarikdan simpul)
    2 batang kecil kayu manis
    2 kuntum bunga lawang
    Cara Penyediaan:
    1. Cuci beras hingga bersih dan toskan airnya. Dalam periuk masukkan beras, santan, kayu manis, daun pandan dan bahan hiris halus (halia dan bawang merah) serta garam. Kacau rata dan masak di atas api.
    2. Selepas masak nasi, hidang bersama sambal, timun, kacang goreng, telur rebus dan ikan bilis goreng.
    Bahan-bahan diperlukan untuk memasak ayam rendang:
    Bahan untuk di kisar
    5 ulas bawang putih
    5 ulas bawang merah
    2 biji bawang besar
    2 cm kunyit hidip
    2 inci lengkuas
    2 inci halia
    2 batang serai, hiris nipis
    10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
    Bahan-bahan berkaitan lain
    1 kg ayam, potong ikut selera anda
    3 sudu besar kerisik
    2 senduk minyak, untuk menumis
    2 cawan santan pekat
    1 cawan santan cair
    2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar
    2 keping asam keping
    2 sudu besar sos tiram
    Cara Penyediaan:
    Cara untuk memasak:
    1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
    2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.


    3. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
    4. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
    5. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.


    Bahan-Bahan
    keping cheddar cheese
    4 biji telur
    70gm butter
    200ml susu segar
    70gm gula halus
    70gm tepung kek
    Cara Penyediaan

    Koyakkan cheddar cheese menjadi kecil. Kemudian, campurkan 200ml susu segar.
    Masak dengan api yang perlahan, sentiasa kacau. Masukkan butter, kemudian tutupkan api.
    Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih bersama 70gm gula halus hingga kembang.
    Kemudian, pukul pula telur kuning hingga kembang dan masukkan dalam adunan cheddar cheese tadi.

    Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bahan no. (3) tadi dan kacau perlahan. Sekiranya ia berketul, tapiskan. Kemudian, masukkan adunan cheddar cheese tadi. Gaul dan sebatikan adunan. 

    Lapik acuan dalam loyang dan tuang adunan ke dalam acuan.
    Letakkan loyang di dalam bekas yang berisi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan pada suhu 170°C selama 20 minit. Kemudian, rendahkan suhu kepada 140°C dan terus membakar sehingga 40 minit.

    Gunakan teknik membakar “bain marie” atau “steam bath” kerana cheddar cheese sangat lembut dan mudah terbakar.
    Setelah 1 jam, keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
    Siap! Sedia untuk dihidangkan!

    Selamat mencuba resepi Kek Keju Jepun yang lembut ini!

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top