Kepala Budak 4 Tahun Ini Tersekat Di Sofa |  Seorang budak berusia empat tahun diselamatkan anggota bomba selepas kepala dia tersekat dalam sebuah sofa.
    Kanak-kanak itu dipercayai melihat lubang pada sofa berkenaan dan mahu melihat di dalamnya.
    Kejadian berlaku di sebuah salun kecantikan di bandar Tongren, wilayah Guizhou, China.
    Ibunya terpaksa menelefon bomba untuk mendapatkan bantuan selepas mendapati kepala anaknya tersangkut pada sofa berkenaan.
    Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan gunting untuk memotong pelapik sofa itu sebelum memecahkan rangka kayunya.
    Mujur kanak-kanak itu diselamatkan tanpa sebarang kecederaan 


    Teksi Pertama Tanpa Pemandu Diuji Di Singapura| Perkhidmatan teksi tanpa pemandu memulakan sesi ujian di jalan raya di Singapura semalam dengan beberapa pelanggan terpilih untuk menaiki kenderaan canggih berkenaan.
    Syarikat nuTonomy yang membangunkan teknologi itu memilih sekumpulan penumpang untuk memuat naik aplikasi di telefon pintar dan menaiki teksi itu secara percuma di daerah perniagaan di barat Singapura.
    nuTonomy berharap penumpang memberi memberi maklum balas menjelang pelancaran perkhidmatan teksi itu pada 2018.
    “Ini adalah satu detik bersejarah yang bakal mengubah bagaimana sebuah bandar dibina dan bagaimana kita melihat keadaan sekeliling,” kata eksekutif nuTonomy, Doug Parker.
    Ujian itu dilakukan menggunakan kereta elektrik Mitsubishi i-MiEv dengan seorang jurutera duduk di tempat pemandu untuk memantau sistem dan mengambil alih kawalan sekiranya diperlukan.
    Ujian itu dijalankan secara berterusan dan diikuti dengan beberapa ujian berasingan yang bermula sejak April lalu.
    nuTonomy bekerjasama dengan kerajaan Singapura untuk membangunkan projek itu dan berharap 100 teksi berkenaan boleh beroperasi menjelang 2018.
    Syarikat itu antara beberapa firma yang bersaing bagi melancarkan kereta tanpa pemandu.
    Pembuat kereta dari Sweden, Volvo AB pada minggu lalu mengumumkan kerjasama dengan perkhidmatan kereta sewa, Uber untuk membangunkan kereta tanpa pemandu.


    Seorang Lelaki Kristian Fundamentalis Memujuk Seorang GRO Wanita Ke Dalam Bilik Hotel Sebelum Memaksanya Berbogel, Merompak Dan Menyerangnya Menggunakan Pisau, Kononnya Untuk ‘Membersihkan Wanita Itu Daripada Dosa|Akhbar Liberty Times melaporkan, penganggur berusia 42 tahun itu memberitahu polis, ketika berdoa tiga tahun lalu dia mendengar Tuhan menyuruhnya ‘membersihkan dosa seorang pelacur menggunakan darah.’

    Dia terus membeli pisau di pasar raya tempatan dengan harga lebih 200 NTD (RM25) tetapi tidak melaksanakan ‘perintah’ itu sehingga baru-baru ini.
    Lelaki dikenali sebagai Shi itu cuba melarikan diri selepas kakitangan hotel yang mendengar jeritan mangsa bergegas membantunya.
    Shi yang memberitahu polis dia utusan Tuhan mempunyai rekod sakit mental.
    Ketika disoalsiasat, dia berkata fikirannya tidak terganggu, menyebabkan pihak berkuasa mendakwanya atas tuduhan merompak sebelum mencadangkan pendakwa menghantarnya untuk pemeriksaan kesihatan.
    Kejadian berlaku bulan lalu di daerah Wanhua, New Taipei City. Bagaimanapun, rakaman kejadian hanya tersebar baru-baru ini.
    Mangsa yang dikenali sebagai Dai terselamat dalam kejadian itu.


    Maut Akibat Disumbat Kain Dalam Kerongkong|Kader Kaya, yang merupakan seorang model, keluar dari rumah untuk menghadiri satu temuduga kerja namun tanpa disangka-sangka, itulah kali terakhir kelibatnya dilihat oleh anggota keluarga model berkenaan.

    Mayat Kader, yang baru berusia 17 tahun itu ditemui dalam hutan dan meninggal dunia selepas kerongkongnya disumbat dengan dua cebisan kain di Bandar Eskisehir di Turki.
    Ia ditemui oleh pejalan kaki pada awal pagi.
    Polis percaya pembunuh menyumbat kain terbabit bagi mengelakkan dia menjerit. Tiada tanda-tanda kecederaan lain pada mayatnya, yang ditemui dua hari sebelum sambutan hari jadinya.
    Menurut saksi, Kader sebelum itu dilihat berada di dalam kereta bersama individu yang tidak dikenali berhampiran tempat kejadian.
    Polis kini cuba mengesan individu terbabit dengan bantuan saksi.
    Setakat ini hanya beg dan cermin mata hitam milik Kader ditemui manakala telefon bimbitnya masih hilang.


    Lelaki Cuba Ambil 'Kesempatan' Terhadap Gadis Yang Kemalangan|Satu kemalangan yang terjadi di Filipina yang membabitkan seorang gadis cantik berusia sekitar 20-an.

    Menurut laporan dari chosetrends.com, gadis itu telah dilanggar oleh sebuah kereta.

    Orang ramai yang melihat kejadian itu dengan segera memberikan bantuan, dan kebanyakan adalah lelaki.
    Namun ada seorang lelaki yang menarik perhatian netizen. Bukan karena aksi menolongnya, melainkan ‘aksinya’ yang lain.

    Tangannya terlihat berada di dekat payudara mangsa! Sementara tangan lainnya sibuk bermain telefon.

    Lelaki tersebut telah mendapat pelbagai kritikan daripada para Natizen setelah aksinya itu dimuat naik di laman sosial.

    Berikut adalah video lelaki yang tangannya mungkin tak sengaja memegang payudara gadis kemalangan tersebut.


    Tiba-Tiba Keluar Filem 'P0rno' Di Layar LED,Pengunjung Tercengang|Warga Kota Lishui, provinsi Zhejiang ketika berada di Mall, dikejutkan dengan tayangan adegan seronok yang diputar di layar LED raksasa di pusat Wandi Plaza.

    Insiden yang berlaku itu menayangkan filem porno yang dapat disaksikan semua pengunjung mall pada saat itu.

    Seorang kakitangan mall yang sengaja menonton filem porno pada komputer perusahaan dan tidak menyadari wayarnya tersambung dengan layar LED raksasa di luar Mall.

    Banyak orang-orang tua dan anak-anak remaja lelaki dilaporkan tercengang ketika melintas tepat di bawah LED mall itu.

    Adegan itu ditayangkan sekitar beberapa minit sampai akhirnya para kakitangan menyadari dan mematikannya. Demikian dilaporkan dari Shanghaiist.

    Apa yang uniknya, warga yang melihat penampakan video itu sempat merekam dengan hanphone masing-masing.

    Peristiwa ini mengingatkan di Heilongjiang dan Gansu beberapa waktu lalu, di mana ketika itu seorang kakitangan melihat filem porno yang ternyata terhubung dengan layar rakasasa yang menghadap orang ramai.


    Satu Boneka Didakwa ‘Melanggar Nilai Dan Etika Mesir’|Satu boneka didakwa ‘melanggar nilai detika Mesir’ selepas membuat jenaka berunsur seksual dalam rancangan televisyennya.
    Boneka itu dikenali sebagai Abla Fahita mempunyai jutaan peminat melalui rancangan bual bicara minguannya yang mengenengahkan satira politik dan komedi yang ditonton 15 peratus rakyat Mesir.

    Rancangan itu, ‘Abla Fahita: Live from the Duplex’ kerap menyelar ahli politik Mesir dan membicarakan isu seperti alkohol serta seks.

    Watak Abla Fahita yang bererti Mak Cik Fahita, seorang janda yang sering mengambil selfie dengan berpakaian dalam dan membaca novel ‘Fifty Shades of Grey.’

    Bagaimanapun, peguam Samir Sabry berkata, boneka itu sudah keterlaluan dan akan dibicarakan di mahkamah pada Jun ini.


PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top