Seorang Pembuat Dron China Membuat ‘Quadcopter’ Bersaiz Gergasi Yang Mampu Membawa Seorang Penumpang|EHang mendakwa membina ‘Pengangkutan Udara Berautonomi’ pertama dunia yang mampu membawa manusia.

    Alat yang dipamerkan di CES, Las Vegas digelar 184 itu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan mempunyai empat cabang dengan lapan bilah kipas di hujungnya.
    Pengasas bersama EHang, George Yan berkata: “Tahukah bagaimana rasanya duduk di dalam Ferrari? Ini 10 kali ganda lebih baik.”

    Menurut syarikat itu, 184 adalah alat berautonomi bererti penumpang hanya perlu 

    memasukkan destinasi 

    dikehendaki dalam aplikasi telefon pintar dan dron itu akan membawanya ke situ.


    Aksi Bergambar Dengan Pistol Dalam Pesawat Lelaki Ini Terima Padah| Perbuatan tiga sekawan bergambar bersama sepucuk pistol palsu dalam sebuah pesawat mengundang cemuhan netizen sebaik sahaja foto itu dimuat naik di media sosial, Ahad lalu.

    Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, ramai yang melahirkan rasa terkejut dengan perbuatan mereka.

    Bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa ia hanya sekadar ‘suka-suka’ dan pistol tersebut hanyalah bateri komputer riba yang digayakan seakan-akan pistol.

    Difahamkan, pihak berkuasa penerbangan awam China telah menggariskan beberapa objek seperti pisau, pistol dan senjata palsu sebagai objek larangan dalam mana-mana penerbangan.

    Sehubungan itu, orang ramai meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman terhadap tiga individu terbabit.

    Menurut pendapat sesetengah pihak, ia bertujuan untuk memberi pengajaran kepada mana-mana individu yang cuba peraturan dan larangan yang dikenakan oleh pihak berkuasa penerbangan.


    Gara-Gara Asyik Berfacebook Wanita Ini Di Bunuh Oleh Suaminya|Seorang suami sanggup menikam isterinya sebanyak 17 kali kerana mendakwa tidak tahan dengan sikap 
    wanita itu yang sering melayari Facebook sehingga mengabaikannya, 

    Lelaki berkenaan ditahan selepas menerima laporan dari abang mangsa yang mendakwa adik perempuannya ditikam beberapa kali di kediaman mereka yang terletak di timur Mesir.

    "Suami wanita itu bertindak membunuh mangsa kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang lebih suka melayari laman Facebook berbanding melayaninya dan tidak menghiraukannya," sumber polis berkata yang dipetik akhbar tempatan.

    Sementara itu, memetik stesen TV tempatan, ibu mangsa berkata, anaknya itu tetap meneruskan perkahwinan dengan lelaki itu walaupun dia tidak merestuinya.

    " Saya tidak menghadiri perkahwinan dia. Saya hanya melihatnya pada hari perkebumiannya," katanya.


    Angota Polis Teruk Di belasah ketika Menunda Kereta BMW|Cubaan seorang anggota polis untuk menunda kereta mewah BMW tidak berjaya apabila dia diserang oleh orang awam, anggota keluarga dan pemilik kereta terbabit.

    Memetik laporan Shanghaiist.com, insiden tersebut berlaku baru-baru ini di sebuah jalan di daerah tersebut.

    Difahamkan, anggota keselamatan itu tidak membenarkan kereta tersebut diparkir di tepi jalan kerana mengganggu lalu lintas jalan.

    Anggota polis itu dilaporkan meminta pemilik kenderaan, He Tao untuk mengalihkan keretanya.

    Pada mulanya Tao akur dengan permintaan anggota tersebut lalu memandu pergi dan meninggalkan kawasan itu.

    Bagaimanapun setelah beberapa ketika, Tao kembali semula dan memarkir kenderaannya di tempat sama.

    Tao diberitahu sekali lagi untuk mengalihkan kenderaannya dan kejadian sama berulang sekali lagi.

    Anggota polis tersebut akhirnya bersemuka dengan Tao sebelum memeriksa nombor pendaftaran kereta berkenaan.

    Kereta tersebut dikatakan terpaksa ditunda setelah Tao didapati gagal mematuhi rutin pemeriksaan kenderaan secara mandatori.

    Tao juga didapati melakukan kesalahan setelah gagal mempamerkan lesen memandu apabila diminta.

    Keadaan menjadi tegang apabila tiga ahli keluarga Tao membuat kekecohan dan menjerit mengatakan mereka diserang oleh anggota polis itu.

    Orang ramai yang menyedari kejadian terus menyerang anggota polis itu dan beberapa anggota keselamatan lain yang tiba di tempat kejadian untuk membantu rakan mereka.

    Mereka dilaporkan ditahan, dipukul malah ditampar oleh seorang wanita yang berada di tempat kejadian.

    Ketegangan tersebut hanya dapat dileraikan setelah beberapa anggota polis dikerah ke lokasi kejadian.

    Kesemua ahli keluarga Tao yang terlibat dan juga wanita terbabit ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan


    Tahi Lalat Penyebab Kanser|Seorang wanita tidak pernah menyangka tahi lalat yang dimilikinya sejak berusia 15 tahun adalah penyebab kanser.

    Gemma Cottam, 25, dari Skelmersdale memuatnaik foto yang menunjukkan parut kekal di mukanya bagi mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan mengenai tahi lalat.

    Menurut Gemma, dia menyedari mengidap kanser atau melanoma tahap dua selepas diberitahu doktor mengenai penyakitnya itu selepas menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan untuk tujuan kecantikan.

    "Ujian yang dilakukannya menunjukkan tahi lalat itu telah merebak ke nodus limfa dan terpaksa menjalani pembedahan besar untuk merawatnya,"

    Gemma turut berkongsi gambar parut selepas pembedahan di laman Facebooknya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahaya tahi lalat.

    "Ia adalah mengerikan tetapi itulah yang saya terpaksa  hadapi dan saya mahu meningkatkan kesedaran bahawa tahi lalat kecil boleh menjadi kanser dan orang ramai tidak seharusnya mengabaikannya,” katanya lagi.

    Gemma menjalani dua pembedahan sejak Oktober lalu dan pembedahan itu turut menyebabkan kerosakan saraf yang menyukarkan dia bergerak serta menghadapi masalah di telinga kiri, leher dan lengan kiri yang memaksanya untuk menjalani fisioterapi bagi merawatnya
    .


    Remaja Maut Selfie Dengan Kapal Terbang|Dua remaja maut selepas dilanggar sebuah lori ketika baring di tengah-tengah sebuah jalan untuk berselfie dengan berlatar belakang kapal terbang.

    Kedua mangsa dilanggar sebuah lori di luar sebuah lapangan terbang di Turki.
    Muhammet Bozkurt, 17 dan Calgar Savesci, 19, bersama tiga lagi rakan yang lain menyewa sebuah kereta untuk melancong dari Alanya ke Antalya melalui laluan pantai di barat daya negara itu.

    Menurut rakan mangsa, mereka menghentikan kereta ditepi jalan untuk berselfie dengan berlatar belakangkan pesawat yang hendak mendarat.

    Namun, keadaan pada waktu kejadian gelap menyebabkan pemandu lori berkenaan tidak melihat mereka dan terus melanggar kedua-dua mangsa.

    Menurut polis, tiga rakan yang lain berjaya mengelak dan berkata kesemua mangsa berkenaan berada dibawah pengaruh alkohol.

    Memetik laporan Metro.uk, pemandu lori berkenaan menghubungi perkhidmatan kecemasan.


    Seramai 157 Militan Menyerah Diri Kepada Tentera Syria| Sekurang-kurangnya 157 anggota kumpulan militan IS menyerah diri kepada tentera Syria selepas unit pasukan keselamatan negara yang disokong kumpulan pertahanan bersekutu terus berjaya dalam pertempuran di seluruh negara.

    Menurut laporan agensi berita SANA, seramai 117 pengganas meletakkan senjata dan menyerah diri kepada pihak berkuasa di bahagian barat bandar Homs, kelmarin.
    "40 orang lagi menyerah diri di ibu negara dan di tengah bandar Hama," menurut laporan berita itu.

    Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 16 maut manakala 35 yang lain cedera dalam beberapa siri letupan didakwa dilakukan IS di bandar Qamishli, terletak kira-kira 680 kilometer dari timur laut ibu negara.

    Tiga letupan memusnahkan tiga restoran di bandar tersebut, menyasarkan orang ramai yang berkumpul bagi meraikan kedatangan tahun baharu.

    Kumpulan terbabit bagaimanapun mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan melalui satu kenyataan dalam talian bertulis, puluhan orang terbunuh dan cedera dalam pengeboman di kawasan berbeza di bandar Qamishli, lapor Press TV.


    Hotel Adress Downtown Yang Serba Mewah Terbakar| Kebakaran melibatkan sebuah hotel mewah berhampiran menara tertinggi dunia, Burj Khalifa menyebabkan 16 cedera dalam beberapa jam sebelum sambutan tahun baru.

    Hotel Adress Downtown yang terletak beberapa blok dari Burj Khalifa terbakar melibatkan beberapa tingkat bangunan hotel itu.

    Ketua Polis Dubai Khamis Matar al-Mzeima berkata, penghuni hotel lima bintang itu telah dipindahkan dari lokasi kejadian namun punca masih belum diketahui dan api berjaya dipadan empat jam kemudian.

    "Semua penghuni telah dipindahkan keluar. Sehingga api berjaya dipadam, kita belum mempunyai apa-apa maklumat mengenai punca kejadian,' katanya dipetik AFP.

    Sementara itu, Pejabat Media Dubai dalam laman Twitter berkata, sekurang-kurangnya 14 orang cedera ringan dan seorang mengalami kecederaan parah manakala seorang lagi mengalami serangan jantung ketika berasak-asak keluar.

    Saksi Raphel Slama memberitahu AFP, kebakaran bermula pada jam 9.30 malam dan merebak pantas ke tingkat atas bangunan itu.

    Seorang jurugambar AFP yang turut berada di tempat kejadian turut berkata, kebakaran bermula di bahagian tengah hotel dan merebak seperti kilat sebelum merebak ke atas semula.


    "Orang ramai yang berada dekat dengan tempat kejadian mula panik dan melarikan diri jauh dari situ," katanya.

    Dalam pada itu,  penduduk Dubai warga India, Kumar yang berada berdekatan lokasi kejadian bersama isterinya berkata, mereka melihat api dari atas tingkat dua jam sebelum tengah malam dan orang ramai menjerit dan lari meninggalkan hotel berkenan.

    Dalam pada itu, kerajaan Dubai dalam Tweetnya berkata kebakaran bermula di tingkat 20 hotel itu dan hanya bahagian luar bangunan sahaja yang terjejas.

    "Empat pasukan dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran," katanya.
    Pihak berkuasa berkata, sebelum ini beribu-ribu anggota keselamatan telah dikerah untuk memastikan pelawat dan penduduk dapat menikmati perayaan Tahun Baru dengan selamat.


    Seorang Petani Dihukum Mati,Membunuh Jirannya Sebelum Membakar Dan Menabur Abu Mayat Mangsa Di Lebuh Raya|Seorang petani dihukum mati oleh mahkamah di sini selepas didapati bersalah membunuh jirannya sebelum membakar dan menabur abu mayat mangsa di lebuh raya.

    Menurut media, tertuduh yang dikenali sebagai Lee, 65, berjanji membayar pampasan 300 yuan (RM198) kepada jirannya, Zhang selepas anjingnya menggigit rakan lelaki itu pada tahun lalu.

    Bagaimanapun, hingga Februari lalu Lee masih tidak membayar wang berkenaan menyebabkan Zhang berang.

    Pada 18 Februari lalu, Zhang datang ke rumah Lee untuk menuntut wang berkenaan tetapi pergaduhan tercetus antara mereka.

    Ketika pergaduhan itu, Lee menghentak kepala Zhang dengan pemain Cakera Padat Digital (DVD) sehingga menyebabkan lelaki berkenaan mati.


    Gambar Menunjukkan Seorang Kanak-Kanak Lena Di Belakang Skuter Ibunya|Gambar yang dirakam di Duc Linh, Vietnam itu menunjukkan kanak-kanak perempuan berkenaan terlentang di belakang ibunya.

    Dengan tangannya terjuntai, dia kelihatan tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya.

    Bahaya yang bakal menimpa dan suasana bingit di sepanjang jalan tidak sedikitpun mengganggu tidur kanak-kanak itu.

    Ibunya yang berpakaian kemas, memandu motosikal, juga tidak mempedulikan keadaan anaknya di belakang.


    Seorang Pesara Masih Menyimpan Dan Menggunakan Beg Plastik Pasar Raya Tesco Sejak Mula Memperolehnya Pada 1981|Martin McCaskie, 72, menganggarkan, dia menggunakan beg plastik itu lebih 2,000 kali sepanjang tempoh itu.

    “Saya sentiasa melipatnya dengan baik dan menyimpannya di dalam saku kerana yakin saya pasti menggunakannya.

    “Beg plastik itu terbukti amat berguna lebih-lebih lagi selepas pasar raya berkenaan mengenakan bayaran untuk setiap beg plastik empat tahun lalu,” kata bekas juruteknik pemprosesan itu.

    Menurutnya, dia berpegang kepada konsep ‘tidak membazir.’
    Bagaimanapun, itu bukannya satu-satu beg plastik lama yang masih di simpanannya.

    “Banyak beg plastik yang saya simpan dan ini antara yang paling lama,” McCaskie berkata, mengenai beg plastik Tesco yang dikeluarkan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan pasaraya berkenaan.

    Anaknya Helen berkata, beg plastik yang sudah berusia 34 tahun itu masih dalam keadaan baik, kecuali berlubang kecil.

    Menurut McCaskie, beg plastik lama lebih tahan kerana lebih tebal berbanding yang ada sekarang.


    Pemaju Sebuah Menara Tertinggi Di Bandar Ini Didapati Bersalah Oleh Sebuah Mahkamah Di Sini Kerana Mencuri Cahaya Matahari Penduduk |Pemaju Menara Zifeng setinggi 450 meter itu didapati bersalah selepas bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari ke rumah penduduk.

    Hakim di sebuah mahkamah di sini, kemudian mengarahkan pemaju yang membina menara berkenaan membayar pampasan kepada penduduk.

    Seorang penduduk yang dikenali sebagai Chen menerima pampasan paling tinggi apabila menerima bayaran 100,000 yuan (RM66,092).

    Undang-undang di China mewajibkan semua bangunan kediaman di China mendapat cahaya matahari minimum dua jam setiap hari ketika musim sejuk.

    Sejak menara 89 tingkat itu siap dibina pada 2010, ramai penduduk berhampiran mengadu bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari.


    OTAK UNTUK DI JUAL|Indianapolis, Amerika Syarikat: Seorang lelaki kelmarin mengaku bersalah di sebuah mahkamah di sini, mencuri beberapa balang mengandungi otak manusia yang diawet sebelum melelong organ itu di Internet.

    David Charles, 23, yang mengaku salah atas enam tuduhan mencuri dan menceroboh dikenakan hukuman tahanan rumah selama setahun dan diletakkan di bawah pemerhatian polis selama dua tahun.

    Menurut pejabat pendakwa raya, Charles beberapa kali memecah masuk Muzium Sejarah Perubatan Indiana dan mencuri beberapa balang mengandungi otak manusia yang diawet.
    Dia juga mencuri beberapa balang yang mengandungi pelbagai tisu manusia.

    Muzium itu asalnya adalah hospital sakit jiwa yang ditubuhkan pada 1848 sebelum dijadikan Muzium yang mempamerkan sejumlah koleksi tisu manusia.


    Seorang Datuk Di Bandar Ini Bersenam Dengan Memakai Sepasang Kasut Batu Seberat 70 Kilogram (kg) |Huang Baoquan, 55, berjalan sejauh 200 meter dengan memakai kasut batu berkenaan pada setiap pagi sejak 30 tahun lalu.

    Tidak cukup dengan itu, dia juga membawa dua dumbel yang masing-masing seberat 10kg di tangannya sambil berjalan di hadapan bengkel tayar miliknya.

    Baoquan memberitahu, dia membuat sendiri kasut berkenaan daripada batu dan menjadi rutin hariannya pada setiap pagi berjalan dengan kasut itu.

    “Pada setiap pagi saya perlu bersenam dengan memakai kasut ini sekurangnya satu jam.


    Sekumpulan Doktor Berjaya Membuang Satu Ketumbuhan Seberat 55 Kilogram |Sekumpulan doktor di sini berjaya membuang satu ketumbuhan seberat 55 kilogram di paha seorang lelaki baru-baru ini.

    Gumreet Singh, 26, dari Jalandhar, Punjab, utara India memberitahu, dia menyedari ada satu ketulan di paha kanannya tujuh tahun lalu.

    Ketulan itu kemudian membesar sehingga menyebabkan dia tidak boleh memakai seluar kerana terlalu ketat.

    Keadaan semakin buruk apabila ketumbuhan itu terus membesar sehingga menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu lagi untuk bergerak.

    Doktor mengesahkan ketumbuhan itu sejenis barah, tetapi tiada doktor yang berani membuangnya kerana terlalu berisiko.

    Bagaimanapun, baru-baru ini sekumpulan doktor di New Delhi bersetuju untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan.

    Dalam pembedahan pada 21 Oktober lalu, doktor membuang ketumbuhan seberat 55 kilogram itu, termasuk kaki kanan dan sebahagian tulang pelvisnya.

    Berat Gumreet kini 35 kilogram, bermakna ketumbuhan itu seberat hampir dua kali ganda daripada berat badannya.

    Gumreet berkata, walaupun kaki kanannya terpaksa dipotong, tetapi dia tetap lega kerana tidak perlu membawa ketumbuhan yang berat itu lagi.

    “Saya kini sudah mampu berdiri dan dengan bantuan kaki palsu, saya berharap dapat berjalan semula,” katanya.


    Ketua Gengster Dari India Telah Di Tahan Oleh Polis Di Bali|Seorang ketua gengster dari India ditahan di bandar ini selepas dua dekad melarikan diri dari pihak berkuasa di beberapa negara, kata polis kelmarin.

    Jurucakap polis, Heri Wiyanto berkata, Rajendra Sadashiv Nikalje ditahan di lapangan terbang di sini pada Ahad lalu selepas tiba dari Sydney susulan maklumat dari Australia.

    Nikalje, 55, yang dikenali di India sebagai Chhota Rajan, berjaya mengelak ditahan polis di beberapa negara selama beberapa tahun dan disenaraikan sebagai lelaki dikehendaki oleh Interpol pada 1995.

    “Kami menahan lelaki ini di lapangan terbang selepas dimaklumkan dia terbabit dalam 15 hingga 20 kes pembunuhan di India,” katanya.

    Nikalje sebelum ini adalah orang kanan ketua gengster Mumbai, Dawood Ibrahim yang dipercayai terbabit dalam satu serangan bom di bandar itu pada 1993 yang menyebabkan lebih 250 orang maut.

    Dia kemudiannya menjadi seteru Dawood dan menjalankan organisasi jenayah paling ditakuti di bandar itu sepanjang 1990-an sebelum dilumpuhkan polis.

    “Tangkapan ini sangat penting kerana selepas geng Dawood, dia adalah penjenayah kedua paling kejam dan ditakuti,” kata bekas ketua polis Mumbai, PS Pasricha.

    “Penduduk di Mumbai sangat takut sehingga enggan berkahwin di bandar ini atau membeli kereta mewah kerana bimbang diugut kumpulan berkenaan,” jelasnya.

    Nikalje juga disyaki mengarahkan pembunuhan seorang wartawan jenayah di Mumbai pada 2011.
    Sementara itu, Heri memberitahu, Nikalje kemungkinan akan dihantar pulang ke India.


    Seorang wanita Mendakwa Dirinya Basikal|Seorang wanita mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk selepas mengikat dirinya pada rak basikal di depan sebuah bas dan mendakwa dirinya basikal.

    Video yang tersebar di Internet menunjukkan pertengkaran antara pemandu bas dan wanita itu yang berpakaian serba merah jambu serta duduk di atas rak berkenaan tanpa basikal.

    Malah, lebih pelik lagi dia mendakwa dia basikal. Pemandu bas terbabit terpaksa menghentikan bas dan keluar untuk memujuknya turun, tetapi tidak berjaya. Pemandu kenderaan lain turut keluar dalam usaha memujuknya manakala ada juga yang membunyikan hon.

    Wanita itu bagaimanapun tidak mempedulikan mereka sebaliknya berulang kali berkata: “Saya basikal.”
    Pemandu wanita yang merakamkan kejadian itu bagaimanapun menganggapnya lawak dan menyuruh wanita itu tidak bergerak.


    Lagi Kes Curi Pakaian Dalam Wanita|Seorang lelaki ditahan semalam selepas polis yang menerima maklumat daripada orang ramai menyerbu apartmennya dan menemui 140 coli dan seluar dalam wanita.

    Walaupun terkejut dengan jumlah pakaian dalam yang dicuri lelaki berkenaan, polis berkata, mereka terperanjat melihat cara lelaki berusia 23 tahun itu menyusun koleksinya.

    Menurut pegawai, selain kemaruk dengan pakaian dalam wanita, lelaki itu juga pembersih.

    “Dia menyusun dengan baik semua coli dan seluar dalam yang dicurinya,” kata pegawai itu.

    Menurutnya, lelaki berkenaan mengaku mencuri seluar dalam di jemuran di kediaman sekitar bandar Taoyuan.

    Pencuri berkenaan juga berkata, sebahagian pakaian dalam itu dicuri selepas memasuki kediaman pelajar Universiti Kristian Chung Yuan yang tidak berkunci.

    Cara dia menyusun barangan curinya itu jauh lebih baik berbanding lelaki yang ditangkap di Guanxi beberapa bulan lalu.

    Lelaki berkenaan melonggokkan 2,000 pakaian dalam wanita yang dicurinya di atas siling, menyebabkan ia roboh kerana terlalu berat.

    Kesian Wanita Ini Cuba Ugut Pemain Hoki Akhirnya Jadi bahan Jenaka Di Media Sosial|Cubaan seorang wanita untuk memeras ugut seorang pemain hoki terkenal. Jaromir Jagr, 43, dengan merakamkan selfie selepas melakukan hubungan seks, tidak menjadi apabila Jagr memberitahu bahawa dia tidak peduli jika gambar itu tersebar memandangkan dia belum berkahwin dan masih bujang.

    Wanita itu yang juga seorang model, Kateřina Provazníková berulang kali mengugut akan memuatnaik gambar berkenaan di media sosial sekiranya Jagr tidak membayarnya sebanyak £1,200.
    Namun Jagr memberitahu, dia tidak takut dengan ugutan itu apatah lagi menjalani kehidupan solo.
    Ia juga bertukar sebaliknya apabila Katerina dilaporkan sedang berpacaran dengan seorang pemain hoki amatur.
    Susulan rancangan yang tidak menjadi ini, Katerina kini menjadi bahan lawak di media sosial dengan ramai yang mempersendakannya dan merakamkan aksi yang sama.


    Kaki Wanita Ini  Hampir ‘Meletup’Gara-Gara Berjalan 10km|“SAYA berjalan sejauh 10 kilometer dan kaki saya hampir ‘meletup’,’’ bunyinya menakutkan tetapi itu yang dialami oleh Melissa King apabila kakinya tiba-tiba membengkak.
    Bengkak itu sangat besar dan mengerikan hinggakan seolah-olah ia akan meletup. Keadaan ini menyebabkan King terpaksa menjalani pembedahan serta tidak boleh berjalan selama berminggu-minggu.
    Jika tidak dirawat dengan segera, kaki kirinya itu mungkin terpaksa dipotong.
    Menurut King, kesakitan yang alaminya adalah tidak tertanggung dan ketika ia mula membengkak, King merasakan kakinya mula kebas dan kemudian tidak dapat merasai jari kaki.
    Dia kemudiannya mengejutkan suaminya dan mereka kemudian ke hospital.
    Doktor memaklumkan King mengalami simptom di mana kakinya itu membengkak akibat kecederaan lama tetapi dia memaklumkan tidak pernah terlibat dalam kecederaan, hanya berjalan sejauh 10 kilometer sahaja.
    Beberapa jam selepas tiba di hospital, kaki kiri King membesar dua kali ganda dan tekanan dalam anggota badannya meningkat tiga kali ganda.
    Doktor terpaksa menggunakan pam vakum selama empat hari selepas pembedahan dijalankan bagi menyedut cecair dari dalam kakinya.
    Pembedahan kedua juga dilakukan dan kali ini King terpaksa menerima 160 jahitan.
    Meskipun pembedahan itu berjaya namun doktor masih mencari punca sebenar kakinya membengkak dengan teruk sekali.


PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top