Selepas pemergian pelawak terkenal Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan pada 10 Februari lalu, pelbagai isu yang timbul berhubung dengan harta yang ditinggalkan arwah.
    Terbaru, menerusi perkongsian Harian Metro, ibu kepada arwah Abam iaitu Sabariah Arshad enggan mengaitkan dirinya dengan kontroversi yang melanda keluarga dan menantunya, Nor Hidayah Mohd Ali.

    Saya tak nak tahu apa apa

    Saya tak nak tahu apa-apa cerita pun, apa yang lebih saya fikir sekarang mengenai arwah anak yang sudah meninggal dunia itu.
    Sekarang, saya dah hilang tempat bergantung. Saya perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung ini pun belum hilang lagi.
    Menurut Sabariah, dia tidak tahu membaca. Segala situasi cerita yang berlaku diketahui melalui penceritaan anaknya sahaja iaitu Ali Puteh.

    Nombor telefon arwah hilang



    Selama ini pun, dalam telefon saya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Allahyarham Abam untuk memudahkan saya menghubungi mereka.
    Cuma seminggu sebelum Abam meninggal dunia, nombor telefon arwah hilang tiba-tiba dan saya memang tak dapat menghubunginya. Tapi, arwah tak pernah lupa telefon saya.
    Tambahnya lagi, dia tidak kisah selepas menantunya, Nor Hidayah Mohd Ali bertindak keluar dari rumah selepas kematian Abam.
    Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau.
    Mengakhiri perbualan itu, Sabariah tidak kisah dan terserah apa yang nak dilakukan wanita itu. Wanita yang dimaksudkan itu adalah menantunya sendiri.
    Sumber : Harian Metro




    Juruterbang jadi  pilih suami Emma Maembong PELAKON Emma Maembong, 27, akhirnya sah menjadi suri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada jam 11.58 pagi tadi.
    Menerusi majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong dan sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz, lapor Berita Harian Online.
    Pasangan itu disatukan di hadapan 300 tetamu itu, termasuklah adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, rakan artis lain yang hadir adalah Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.
    - Foto Instagram Ezuwan Ismail

    Pada majlis akad nikah tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.
    Pasangan ini belum merancang destinasi berbulan madu dan tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin.
    Pada 6 Mac depan, majlis berinai akan dianjurkan. Sehari selepas itu, pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi di Putrajaya.


    Pelakon Drama Bersiri Intan Najuwa putus tunang | Intan Najuwa akhirnya mengakui ikatan pertunangannya dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli sudah pun terlerai.
    Menurut Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, dia menganggap tiada jodoh antara mereka dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan antara kedua-dua belah pihak.
    "Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir kerana sudah tiada jodoh dan persefahaman.
    "Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tidak mahu dia dikaitkan dengan saya memandangkan dia bukan dari bidang ini.
    "Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan," jelas Intan seperti dilaporkan mStar.
    Kisah pertunangan Intan dan Razrul menjadi perhatian ramai selepas pelakon yang terkenal dengan drama Kekasih Paksa Rela itu terkait dengan kontroversi gambar mesra dengan pelakon gandingannya iaitu Zul Ariffin dan Idris Khan.
    Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena hari jadi Intan yang ke-22.
    Sumber : mStar

    Shafie menghembuskan nafas terakhir jam 6.50 petang semalam akibat paru-paru berair.
    A
    A

    ALOR SETAR - Anak kelima pencipta dan penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu’, Shafie Ahmad, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Long akan meneruskan perjuangan Allahyarham bapanya selepas ini.
    Nur Muhammad Idhoffy, 18, yang mewarisi bakat bapanya itu memberitahu akan terus membawakan lagu-lagu popular Allahyarham untuk mengubati kerinduan peminat.
    Dia bersama ahli S4R Band juga akan meneruskan sebuah karya ditinggalkan oleh Allahyarham.
    "Band ini diasaskan oleh abah sendiri dan sebelum abah sakit, dia ada cipta satu karya untuk band kami.
    "Karya itu masih belum siap sepenuhnya tetapi insya- ALLAH kami akan teruskan impiannya itu," katanya ketika dihubungi.
    Menurutnya, jenazah bapanya selamat dikebumikan di pekarangan Makam Istana Raja Sakti, Sik pada jam 12.30 tengah hari tadi.
    Rakan-rakan dan sanak-saudara menyempurnakan urusan pengebumian Allahyarham Shafie di pekarangan Makam Istana Raja Sakti, Sik tengah hari tadi.
    Rakan-rakan dan sanak-saudara menyempurnakan urusan pengebumian Allahyarham Shafie di pekarangan Makam Istana Raja Sakti, Sik tengah hari tadi.
    Shafie menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang semalam di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani akibat paru-paru berair selepas menerima rawatan selama tiga hari di Unit Rawatan Rapi HSAH.
    Selain terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Shafie turut mencipta lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian Tropika dan Al Jannah dendangan Mawi.
    "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat Allahyarham yang sentiasa menyokong karya-karya bapa selama ini," katanya.



    Haziq bakal keluar single pertama | SELEPAS tujuh bulan berehat akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya tahun lalu, bekas vokalis Putera Band, Haziq, kini semakin sembuh dan sudah mampu berjalan.
    “Alhamdullilah keadaan saya sekarang makin baik setelah berapa bulan berehat di rumah.
    “Sepanjang tempoh itu, banyak pengajaran yang saya dapat selain sentiasa bermuhasabah diri.
    ‘Saya sedar, hidup ini kena ada limit dalam apa pun yang dilakukan termasuk untuk keluar dengan kawan-kawan,” katanya kepada Sinar Harian.
    Bangkit kembali untuk meneruskan kerjaya seninya, Haziq bakal muncul dengan single pertamanya pada bulan Jun depan selepas lebih setahun bergerak solo.
    Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Hasbullah, 20, ketika dihubungi berkata, dia masih mengekalkan genre balad moden untuk single solonya itu.
    “Konsepnya nanti lebih kurang macam lagu kedua bersama Putera Band dulu, lagu Tersiksa dan peciptanya juga masih orang yang sama, Haqiem Rusli.
    “Saya memang suka genre sebegitu, tambahan pula lagu-lagu hasil ciptaan Haqiem Rusli memang sesuai dengan saya.
    “Harap peminat bersabar menantikan comeback saya untuk single solo ini,” ujarnya.
    Haziq sebelum ini terlibat dalam kemalangan ketika membonceng motosikal bersama rakannya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 5 Julai tahun lalu sehingga menyebabkan kaki kanan cedera teruk akibat salur darah putus.

    'Dia cakap saya dah cukup manis, minum air mineral je tak payah ABC'

    PELAKON, pengacara dan penerbit Sheila Rusly kerap berkongsi momen manis bersama suaminya Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya di akaun Instagram miliknya.

    Menerusi salah sebuah entri, Sheila berkongsi foto ketika menikmati Air Batu Campur (ABC) bersama suaminya itu.

    Dalam pada itu, Sheila turut menulis kapsyen yang disifatkan 'sweet' oleh netizen.

    "Dia cakap saya dah cukup manis, minum air mineral saja tak perlu makan ABC," tulisnya berseloroh.

    Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat romantis yang dimiliki oleh pasangan ini.
     
    Sheila mula menjejak kaki di industri hiburan tanah air pada tahun 1986 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi kemunculan dalam filem, drama dan beberapa program televisyen tempatan.


    Uqasha Senrose Sudah Mula Tidak Hijab | Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan." 

    Begitulah luahan hati pelakon jelita, Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab. Akui pelakon teater 

    Ombak Rindu ini, sejak berhijab, imannya tidak tetap. "Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. 

    Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang. "Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi. "Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang 

    lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai," katanya ketika ditemui di sini, petang ini. Pada pertemuan itu, Uqasha membenarkan wajah terbaharunya dirakamkan tetapi dalam keadaan berselendang biarpun pada hakikatnya, dia sudah 

    kembali kepada penampilan asal. Tegas Uqasha lagi, khilaf dirinya itu bukan kerana mahu mempermainkan agama. "Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan," 

    katanya. Kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen. Bagi Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan. 

    Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand, tersebar.

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top