ArtisTanah Air
Itulah situasi dialami juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GF7), Cliff Umar, 37, apabila dia 'terlepas cakap' berhubung pemakaian pelitup muka yang dikatakan merimaskan, pada malam akhir program realiti itu berlangsung malam kelmarin.
Kenyataan vokalis kumpulan Projek Pistol itu mengundang kemarahan netizen kerana dianggap tidak sensitif dan mengguris hati banyak pihak.
Malah, ayat yang dianggap 'celupar' itu didakwa sebagai memperlekehkan pengorbanan petugas barisan hadapan yang diketahui sentiasa mengenakan pelitup muka dan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) demi keselamatan, sekali gus memastikan jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.
Apabila kenyataan sebegitu dilafazkan di hadapan penonton secara terbuka, momen manis kemenangan Cliff secara tidak langsung tercalar gara-gara keterlanjuran lisannya itu.
Mengulas perkara itu, Cliff berkata, dia tidak berniat mahu memperlekehkan pemakaian pelitup muka yang kini menjadi amalan norma baharu dalam masyarakat hari ini.
Enggan membiarkan kontroversi terus berlarutan, pemilik nama lengkap Abdullah Umar Joseph Abdullah memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kenyataan dikeluarkannya, sekali gus menafikan tanggapan dirinya memandang enteng soal prosedur operasi standard (SOP) seperti diperdebatkan dalam laman sosial.
"Saya minta maaf, terlepas cakap. Saya tak bermaksud mengguris hati sesiapa termasuk petugas barisan hadapan. Apa yang dimaksudkan dengan merimaskan itu ialah apabila bercakap dengan memakai pelitup muka, permukaannya jadi berkuap dan ia menyukarkan saya memberikan ucapan kemenangan.
"Sekali lagi saya minta maaf. Saya tiada niat langsung untuk buat orang terasa," katanya pada sidang media sejurus selepas konsert akhir GV7 yang dipancarkan secara langsung dari Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya berakhir.
Sebagai juara, Cliff berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian dan sebuah trofi. Pada malam kemuncak itu, penyanyi Muss dinobatkan sebagai naib juara, manakala Ayu Damit mengungguli tempat ketiga.
Peserta yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dan Linda Nanuwil berpuas hati pada kedudukan keempat dan kelima, manakala Oja dan Ashira memenangi tempat keenam dan ketujuh.
Cliff berkata, dia terlepas cakap berikutan terlalu terkejut apabila nama diumumkan juara kerana tidak pernah terlintas di fikirannya meraih kejayaan itu.
"Saya tak sangka langsung akan menang. Justeru, saya terkejut dan terkeluar kenyataan tidak sepatutnya diungkapkan apabila nama diumumkan sebagai juara.
"Tidak dinafikan, karakter saya yang pernah melalui pelbagai episod pahit dalam kehidupan menyebabkan saya sedikit emosi dan gagal mengawal diri dalam mengeluarkan kata-kata.
"Kebiasaannya, saya akan berfikir terlebih dulu sebelum bercakap. Mungkin saya terlalu teruja menyebabkan terlepas cakap," katanya kepada BH Online.
Kemunculan Cliff dalam program realiti itu nyata menjadi bualan ramai kerana lelaki tinggi lampai itu memiliki pesona tersendiri terutama ketika beraksi atas pentas.
Namun, tidak kurang yang mempersoalkan status agamanya berikutan ada tatu di badannya.
Mengulas perkara itu, Cliff berkata, tatu itu dibuat sebelum dia memeluk Islam kira-kira 14 tahun lalu. Dia sudah merujuk perkara itu kepada tokoh agama untuk mendapatkan nasihat.
"Saya pernah minta nasihat ustaz berhubung tatu ini. Ustaz memberitahu saya tak perlu membuangnya sehingga boleh memudaratkan diri. Lagipun, kos diperlukan membuang tatu ini sangat mahal kerana ia menggunakan kaedah laser. Itupun untuk sesetengah
bahagian saja, sedangkan tatu saya hampir di seluruh badan.
"Sebelum ini, saya pernah menjalankan prosedur membuang tatu. Bukan saja meninggalkan parut, tetapi sangat sakit," katanya.
ArtisTanah Air
PENDAKWAH selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail ditahan reman lagi dan kali ini selama lima hari bermula Isnin bagi membantu siasatan bagi satu kes rogoll.
Perintah reman yang akan berakhir 11 Disember ini terhadap Syed Shah Iqmal atau Da’iSyed, 25, dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad.
Menurut peguam yang mewakili suspek, Syed Amirul Syed Edros, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi dakwaan rogoll.
Dia yang ditahan semula oleh pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada petang Ahad hadir dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu dan berseluar jingga.
Sementara itu menurut peguam, sehingga kini polis memaklumkan menerima lapan laporan jenayah seksual terhadap anak guamnya namun dua daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Ini bermakna setakat ini polis sedang menyiasat enam kes jenayahh seksuall membabitkan pendakwah selebriti itu.
Sehubungan itu Syed Amirul menggesa pihak polis untuk memandang serius mengenai perkara itu bagi mengelakkan salah tanggapan orang ramai terhadap anak guamnya yang sedang membantu siasatan.
“Saya berharap pihak polis bukan sahaja memberikan status NFA kepada dua laporan ini.Sekiranya terdapat unsur-unsur laporan palsuu dalam laporan ini, ambil tindakan kepada pengadu kerana selain nak tegakkan hak mangsa sekiranya berlaku jenayah, kita juga ingin menegakkan hak Syed Shah Iqmal.
“Kita takut ada pihak yang sengaja membuat laporan untuk menambah teruk keadaan. Ini kerana orang awam akan sentiasa menerima bahawa… ada laporan p0lis, maknanya memang orang tu salah,” katanya.
Terdahulu Syed tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan kenderaan polis kira-kira pukul 10.30 pagi.Beliau ditemui pemberita selepas proses permohonan reman selesai.
Sebelum ini Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, dilaporkan berkata pihaknya akan menyiasat berhubung dua laporan membabitkan kes r0goll dan cabull serta s3kss luar tabiii.
Kes r0goll dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.
Berdasarkan laporan, dalam kejadian 22 Oktober lalu itu, mangsa dipelawa keluar makan malam oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya, kira-kira pukul 9 malam sebelum diajak ke sebuah rumah di Damansara Perdana, Selangor dan dirogol.
Kes kedua berkaitan cabull dan s3kss luartabii (s3kss orall) pula dilaporkan seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi pada 17 Oktober lalu, wanita itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.
Semasa di rumah suspek, mangsa dic4bull selain turut dipaksa melakukan s3ksorall.
Untuk rekod Syed Shah Iqmal sudah ditahan reman selama 10 hari di IPD Shah Alam sejak 27 November lalu.
ArtisTanah Air
Saya hanya inginkan penjelasan kenapa tak dapat pencen Allahyrham.”
Itu kata-kata terbaru pelakon dan pelawak veteran, AR Badul, 71, yang terkilan dan kecil hati dengan menantunya, Nour Shafinar Harun apabila mendkwa dia tamakkan harta Allahyrham anaknya.
Menurut Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie ketika dihubungi , dia sama sekali tidak pernah terfikir dan berniat mengejar harta anaknya kerana sedar Allahyrham tidak mempunyai banyak harta.
Tak sangka balu arwah mendakwa saya tamakkan harta
” Apakah bapa seperti saya yang tidak menjaga anaknya tidak layak dapat? Itu saja yang saya nak tahu pada awalnya.
” Tak sangka pula sampai melarat macam ini hingga balu arwh mendkwa saya t4makkan harta.
” Saya tak pernah tanya pun apa-apa berkaitan jumlah pmpasan yang diterima, saya hanya nak tahu penjelasan mengenai pencen itu,” katanya.
Menurut Badul, sejak anaknya meninggI dnia hingga kini, dia tidak pernah bertanya mengenai wang atau apa saja pmpasan kepada menantunya itu kerana mereka tidak lagi pernah berjumpa dan berbincang.
” Ketika saya batalkan niat untuk buat inkues terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kematian anak saya, memang tak pernah tanya pun soal duit atau harta.
” Kalau betullah saya ini t4mak duit atau harta arwh, sudah tentu saya bertanya kepada pihak ATM sejak awal lagi berapa jumlah pmpasan yang bakal saya peroleh selepas batalkan inkues itu.
” Demi Allah, saya tak pernah tanya pun mengenainya.
” Saya seikhlas hati batalkan niat berkaitan inkues itu apabila mendapat jaminan daripada ATM bahawa nasib cucu iaitu Ebal Zulkarnain, 10, Remy Iskandar, 9, termasuk Izzul Zakly akan terjaga dengan baik dan terus terbela hingga mereka dewasa,” katanya.
Selain itu, Badul juga menafikan dkwaan dibuat seorang individu terhadapnya di Facebook yang mendkwa dia sudah pun mendapat wang faraid sebanyak RM5,500 untuknya.
” Saya tak ada dapat apa-apa pun duit sampai sekarang. Malah, apa yang saya nak tahu sangat sebenarnya mengenai pencen itu.
” Kalau tak layak, apa penjelasannya. Saya tegaskan lagi, bukan nak rebut atau tam4kkan harta.
” Sejak isu ini timbul, macam-macam orang kecam saya kerana mereka tak tahu cerita dan boleh tulis apa saja serta cakap ikut suka di media sosial.
” Biarkanlah, kerana cakap memang sedap sebab tak kena pada diri sendiri,” katanya.
Nour Shafinar adalah balu kepada Allahyrham Mejar Mohd Zahir Armaya, 37, yang meninggI dnia dalam insiden tertmb4k ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September tahun lalu.
Allahyrham Mohd Zahir sebelum berkahwin dengan Nour Shafinar dan memiliki seorang anak. Allahyrham juga pernah berkahwin dengan Jamilah Ismail yang kini menetap di Pekan, Pahang, bersama dua anak lelaki mereka.
ArtisTanah Air
Ernie Zakri Sudah Berhijab Comel Macam Budak Sekolah
Sapa Tak kenal penyanyi, Ernie Zakri, 28, yang bersuara merdu telah bertekad menukar penampilannya kini mula berhijab..
Menurut Ernie dia nekad memakai hijab secara rasmi, hari ini.
ArtisTanah Air
ArtisTanah Air
Berundur Demi Kebaikan Bersama
“Dengan pengumuman ini saya berharap saya tidak menghalang perjalanan atau karier anggota sedia ada,”
Vokal Tidak Lagi Seperti Dahulu
“Perkara itu terjadi kepada semua penyanyi di seluruh dunia. Saya bukan 26 tahun, tapi 62 tahun. Saya menyanyi apabila dipanggil dalam show atau persembahan tertutup.Saya kira ia sesuai dengan peredaran masa di mana jika dulu peminat yang membesar bersama saya menonton saya menyanyi di konsert, tapi saat usia meningkat banyak yang memilih untuk menyaksikan persembahan saya secara tertutup,” katanya.
Awie ‘Dipinjamkan’
ArtisTanah Air
Menerusi posting terbarunya di Instagram peribadinya, dia menegur para artis supaya lebih beringat ketika berbelanja ketika sedang bermewah. Tanpa menyebut mana-mana nama, Zarina berkata artis terbabit sebelum ini memperoleh pendapatan beribu-ribu ringgit dan menayangkan gaya hidup mewah di media sosial.
“Kamu yang pilih cara hidup begitu, tolong utamakan pada mereka yang lebih memerlukan,” katanya.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...