Jangan Amalkan Tabiat Korek Telinga

Kita selalu dengar kata-kata seperti “Patutlah tak dengar, tahi telinga tebal sangat!”. Kebersihan telinga dikaitkan dengan ketiadaan tahi telinga. Tetapi betulkah pelakuan kita untuk membuang tahi telinga itu?



Sebenarnya ‘tahi’ telinga itu bagus untuk kebersihan telinga kita. Ya, mungkin penampilannya menjengkelkan sesetengah orang, tetapi ia sangat penting bagi menghalang sebarang habuk dan kekotoran daripada masuk rongga yang lebih dalam. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan kuman.
Penggunaan terma ‘tahi’ atau ‘najis’ tidak membantu dalam membuang perspektif buruk terhadap ‘lilin’ telinga ini.
Hukum umum yang para doktor gunakan ialah, jangan memasukkan apa-apa ke dalam telinga anda kerana ia mungkin membawa lebih banyak bahaya daripada kebaikan. Sedikit jenaka yang selalu doktor gunakan adalah, jangan masukkan apa-apa objek yang lebih kecil daripada siku anda ke dalam telinga anda.

Walaupun menimbulkan rangasangan yang ‘best’ bila kita masukkan putik kapas kedalam telinga kita dengan tujuan untuk ‘membersihkannya’, ia sebenarnya sangat bahaya. Sekiranya ianya tajam, anda mempunyai risiko untuk mencederakan gegendang telinga anda. Walaupun ia tidak tajam, anda hanya akan menyumbatkan lebih banyak lilin tersebut ke dalam telinga anda daripada mengeluarkannya. Kedua-dua situasi ini mungkin boleh menyebabkan kesakitan di telinga atau masalah dalam pendengaran anda.
Walaubagaimanapun, sekiranya lilin telinga anda berwarna coklat, hitam, atau putih dan berkeping-kepingan kecil, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada telinga anda. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan lanjut.
Badan kita mempunyai cara semula jadi untuk menyingkirkan lilin telinga yang berlebihan. Dengan mengunyah, kita sebenarnya menolak lilin telinga yang lama ke bahagian luar telinga, di mana ia akan mengeras dan terkeluar dengan sendirinya. Ya, mungkin ia kedengaran sedikit menjijikkan. Namun, sebagai langkah alternatif, anda boleh membersihkan bahagian luaran telinga anda dengan putik kapas, tetapi hanya bahagian luaran sahaja!
Anda boleh berjumpa dengan mana-mana doktor dan mereka akan mengatakan perkara yang sama. Jangan masukkan apa-apa ke dalam telinga anda walau sesedap manapun rangsangan ketika kita korek telinga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top