Dasyat Betul Gadis-Gadis Zaman sekarang Panjat Dan Bergayut Pada Mercu Tanda IPOH


Dasyat Betul Gadis-Gadis Zaman sekarang Panjat Dan Bergayut Pada Mercu Tanda IPOH| Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan pendaki yang memanjat mercu tanda 'IPOH' baru-baru ini. 

Gambar dan video aktiviti berbahaya kumpulan terbabit memanjat mercu tanda itu selain memasang buaian 'hammock' mula tersebar dalam media sosial seorang daripada ahli kumpulan. 

Malah, seorang daripada ahli berkenaan turut mendakwa mendapat kebebaran MBI untuk melakukan perkara itu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, berkata MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat binaan terbabit kerana ia boleh mengancam nyawa. 

"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu yang memanjat. 

“Jika berlaku sebarang insiden membabitkan perkataan 'IPOH' berkenaan tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab ini. 


"MBI akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan terbabit dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu tidak bertanggungjawab ini. 

“Selain itu, tindakan akan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. 

Tindakan berbahaya kumpulan terbabit dipercayai dilakukan beberapa hari lalu berdasarkan gambar dan video yang dimuatnaik perempuan berusia 23 tahun. 

Kumpulan terbabit bukan saja hanya memanjat tetapi bertindak memasang buaian serta bergayut pada struktur binaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top