HOME »
GLOBAL
»
Satu Kumpulan Penjenayah Godam Mesin ATM Di Thailand
Satu Kumpulan Penjenayah Godam Mesin ATM Di Thailand
Posted by Gampang on Friday, August 26, 2016 |
GLOBAL
Satu Kumpulan Penjenayah Godam Mesin ATM Di Thailand | Satu kumpulan penjenayah warga asing berjaya mencuri sekurangnya 12 juta baht (RM1.4 juta) dengan menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Thailand, dalam kes yang hampir sama dengan kecurian di Taiwan, kata polis semalam.
Kumpulan penggodam itu berjaya mencuri wang tunai berkenaan dengan memasukkan kad yang mengandungi ‘malware’ atau virus komputer di ATM milik Government Savings Bank (GSB) pada lewat Julai lalu.
Kecurian berlaku tidak lama selepas Taiwan mengumumkan sekumpulan warga asing berjaya mencuri wang tunai berjumlah AS$2.5 juta (RM10.1 juta) dari ATM dengan menggunakan kaedah sama.
Seorang suspek warga Latvia, Romania dan Moldova ditangkap dalam kes kecurian di Taiwan itu tetapi beberapa lagi suspek termasuk lima warga Russia berjaya meloloskan diri ke luar negara.
Polis Thailand semalam memberitahu, bank GSB yang dimiliki kerajaan melaporkan kejadian yang sama berlaku dan yang pertama seumpamanya di negara itu.
Wang itu dicuri dari 21 mesin ATM GSB di wilayah Phuket, Surat Thani, Chumphon, Prachuap Khiri Khan, Phetchaburi dan Bangkok.
“Sehingga kini, berdasarkan bukti yang ditemui, kami yakin kumpulan ini mempunyai kaitan dengan geng yang melakukan kecurian yang sama di Taiwan,” kata jurucakap polis Thailand, Panya Mamen.
Ujarnya, sekurangnya lima suspek warga asing datang ke Thailand dari Taiwan untuk melakukan jenayah itu.
“Penyiasat percaya suspek berasal dari Eropah Timur tetapi kami juga menyiasat sekiranya ada warga tempatan terbabit,” jelasnya.
Menurutnya, semua suspek dipercayai sudah meninggalkan Thailand.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: