HOME »
Berita Semasa
»
Mayat Dahlia Basir Dijumpai Duduk Di Atas Kerusi Panjang Di Bahagian Dapur Rumahnya
Mayat Dahlia Basir Dijumpai Duduk Di Atas Kerusi Panjang Di Bahagian Dapur Rumahnya
Posted by Gampang on Monday, August 29, 2016 |
Berita Semasa
Mayat Dahlia Basir Dijumpai Duduk Di Atas Kerusi Panjang Di Bahagian Dapur Rumahnya | Bau busuk yang dihidu seorang wanita membawa kepada penemuan mayat anak saudaranya di rumah mangsa di Taman Sentosa, di sini, malam ini. Hasnah Donan, 68, berkata ketika terhidu bau busuk dari arah rumah anak saudaranya,
Dahlia Basir, 44, kira-kira jam 6 petang, dia sudah berasa tidak sedap hati terutama selepas ternampak langau berterbangan di tingkap rumah mangsa. Selepas beberapa kali memanggil anak saudaranya itu tetapi tiada jawapan,
Hasnah menghubungi polis yang kemudian memecahkan pintu dapur rumah jirannya itu kira-kira jam 8 malam. "Sebaik polis memecah masuk, mereka nampak mayat anak saudara mak cik dalam keadaan duduk di atas kerusi panjang di ruang dapur rumah.
"Memang setiap dua atau tiga hari mak cik akan melawat Dahlia yang tinggal berseorangan selepas ibunya meninggal dunia enam tahun lalu,"katanya.
Hasnah berkata, Dahlia memang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis serta terpaksa makan ubat setiap hari. "
Arwah masih belum berkahwin dan dia menyara hidup dengan mengambil upah membantu seorang jiran menjual nasi lemak dan kuih-muih di gerai berhampiran," katanya. Hasnah berkata, kali terakhir beliau berjumpa Dahlia pada hari Khamis lalu dan tiada sebarang perubahan ketara yang dilihat pada diri wanita itu selain sedang demam dan kurang bercakap. Mayat Dahlia sudah dihantar ke Hospital Tengku
Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk proses bedah siasat.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: