Kementerian Pendidikan Akan Menjalankan Siasatan Dalaman Berhubung Kes Guru Didakwa Mencabul Dan Merogol Murid Di Terengganu Dan Sabah Baru-Baru Ini


Kementerian Pendidikan Akan Menjalankan Siasatan Dalaman Berhubung Kes Guru Didakwa Mencabul Dan Merogol Murid Di Terengganu Dan Sabah Baru-Baru Ini|Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kes itu turut diserahkan kepada polis siasatan.

"Saya amat kecewa dengan berita seumpama ini bagaimana guru boleh (didakwa) dalam kes seumpama ini ...kes ini sudah jadi kes polis.
"Cuma kita di peringkat jabatan dan kementerian akan buat siasatan dalaman yang boleh menentukan tindakan boleh diambil kepada penama sekiranya kes itu terbukti," katanya di sini, hari ini.
Baru-baru ini, seorang guru berusia 50 tahun ditahan di Besut, Terengganu, kerana didakwa mencabul tiga muridnya manakala seorang guru disiplin berusia 53 tahun di Telupid, Sabah turut ditahan atas dakwaan menodai tiga anak muridnya yang berusia antara 9 dan 10 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top