WANITA CUBA BUNUH DIRI DISELAMATKAN BOMBA DI SETIA ALAM


WANITA CUBA BUNUH DIRI DISELAMATKAN BOMBA DI SETIA ALAM|Wanita cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas rumah dua tingkat diselamatkan bomba di Setia Alam, di sini, tengah malam tadi.

Difahamkan, wanita berusia 30 tahun itu bertindak sedemikian kerana mempunyai masalah dengan teman lelakinya selain mogok lapar seharian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa dipujuk anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 12.51 tengah malam.

Katanya, wanita berkenaan mengugut untuk terjun dari tingkat atas rumah dua tingkat namun selepas dipujuk dia akur dan menyerah diri.

"Wanita terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menggunakan ambulan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) untuk rawatan lanjut," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top