HOME »
Berita Semasa
»
Remaja Lelaki Ini Mengaku Bersalah Di Mahkamah Majistret,Bagi Tuduhan Merogol Gadis Yang Mendakwa Dirinya Diculik Di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang
Remaja Lelaki Ini Mengaku Bersalah Di Mahkamah Majistret,Bagi Tuduhan Merogol Gadis Yang Mendakwa Dirinya Diculik Di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang
Posted by Gampang on Thursday, January 07, 2016 |
Berita Semasa
Remaja Lelaki Ini Mengaku Bersalah Di Mahkamah Majistret,Bagi Tuduhan Merogol Gadis Yang Mendakwa Dirinya Diculik Di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang|Remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, bagi tuduhan merogol gadis yang mendakwa dirinya diculik di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Disember dua tahun lalu.
Majistret Nor Asma Ahmad kemudiannya menetapkan 14 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan bersama laporan akhlak remaja berkenaan.
Tertuduh yang dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan hadir ke mahkamah kira-kira 9 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.
Turut hadir ibu bapa remaja berkenaan bagi mengikuti kes perbicaraan membabitkan anaknya itu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap gadis berkenaan yang ketika itu berusia 13 tahun, kira-kira 12 tengah hari, di Bandar Sultan Suleiman, dua tahun lalu.
Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali menawarkan ikat jamin RM2,000 namun ibu bapa memohon mahkamah mengurangkan jaminan berikutan mereka kurang berkemampuan.
Majistret kemudiannya menetapkan ikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin iaitu ibu bapa dan tertuduh dikehendaki melaporkan diri setiap dua minggu di balai polis berhampiran.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: