MASwings:Penerbangan Kuching Ke Pontianak Digantung


MASwings:Penerbangan Kuching Ke Pontianak Digantung|MASwings menggantung operasi penerbangan tiga kali seminggu dari Kuching ke Pontianak, Indonesia berkuatkuasa 1 Februari depan.

Dalam kenyataan MASwings di sini, keputusan menggantung penerbangan bagi laluan itu adalah antara pelan rasionalisasi, selain memberi tumpuan kepada penerbangan domestik yang mempunyai pasaran lebih kukuh.

Penerbangan terakhir MASwings ke Pontianak adalah pada 30 Januari ini.

Penumpang yang terbabit sudah dimaklumkan mengenai perubahan ini menerusi e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan telefon. Mereka diberi pilihan untuk menukar penerbangan ke tarikh lebih awal, bergantung kepada tempat duduk atau bayaran tiket dipulangkan.

MASwings kesal dengan kesulitan yang dihadapi penumpang berikutan perubahan ini dan akan membantu penumpang yang sudah membuat tempahan selepas tarikh penggantungan.

Untuk keterangan lanjut, pelanggan boleh pergi ke pejabat tiket MASwings, menghubungi agen pelancongan atau menghubungi talian hotline 24 jam, Malaysia Airlines 1300 88 3000 (Dalam Malaysia) atau + 6 03 7843 3000 (luar Malaysia) atau pejabat di Pontianak di talaian +561 6726845.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top