HOME »
GLOBAL
»
Hotel Adress Downtown Yang Serba Mewah Terbakar
Hotel Adress Downtown Yang Serba Mewah Terbakar
Posted by Gampang on Friday, January 01, 2016 |
GLOBAL
Hotel Adress Downtown Yang Serba Mewah Terbakar| Kebakaran melibatkan sebuah hotel mewah berhampiran menara tertinggi dunia, Burj Khalifa menyebabkan 16 cedera dalam beberapa jam sebelum sambutan tahun baru.
Hotel Adress Downtown yang terletak beberapa blok dari Burj Khalifa terbakar melibatkan beberapa tingkat bangunan hotel itu.
Ketua Polis Dubai Khamis Matar al-Mzeima berkata, penghuni hotel lima bintang itu telah dipindahkan dari lokasi kejadian namun punca masih belum diketahui dan api berjaya dipadan empat jam kemudian.
"Semua penghuni telah dipindahkan keluar. Sehingga api berjaya dipadam, kita belum mempunyai apa-apa maklumat mengenai punca kejadian,' katanya dipetik AFP.
Sementara itu, Pejabat Media Dubai dalam laman Twitter berkata, sekurang-kurangnya 14 orang cedera ringan dan seorang mengalami kecederaan parah manakala seorang lagi mengalami serangan jantung ketika berasak-asak keluar.
Saksi Raphel Slama memberitahu AFP, kebakaran bermula pada jam 9.30 malam dan merebak pantas ke tingkat atas bangunan itu.
Seorang jurugambar AFP yang turut berada di tempat kejadian turut berkata, kebakaran bermula di bahagian tengah hotel dan merebak seperti kilat sebelum merebak ke atas semula.
"Orang ramai yang berada dekat dengan tempat kejadian mula panik dan melarikan diri jauh dari situ," katanya.
Dalam pada itu, penduduk Dubai warga India, Kumar yang berada berdekatan lokasi kejadian bersama isterinya berkata, mereka melihat api dari atas tingkat dua jam sebelum tengah malam dan orang ramai menjerit dan lari meninggalkan hotel berkenan.
Dalam pada itu, kerajaan Dubai dalam Tweetnya berkata kebakaran bermula di tingkat 20 hotel itu dan hanya bahagian luar bangunan sahaja yang terjejas.
"Empat pasukan dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran," katanya.
Pihak berkuasa berkata, sebelum ini beribu-ribu anggota keselamatan telah dikerah untuk memastikan pelawat dan penduduk dapat menikmati perayaan Tahun Baru dengan selamat.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: