HOME »
Berita Semasa
»
Empat Penjenayah Paling Dikehendaki Ditembak Mati Di Ladang Sawit Di Bintulu-Miri
Empat Penjenayah Paling Dikehendaki Ditembak Mati Di Ladang Sawit Di Bintulu-Miri
Posted by Gampang on Friday, January 01, 2016 |
Berita Semasa
Empat Penjenayah Paling Dikehendaki Ditembak Mati Di Ladang Sawit Di Bintulu-Miri|Dalam kejadian 1 pagi, sepasukan pegawai dan anggota daripada Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Sarawak terserempak dengan kesemua suspek yang menaiki kereta curi ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Tun Hussien Onn, Bintulu sempena sambutan ambang tahun baru.
Bagaimanapun, suspek terus memecut menghala ke arah Bandaraya Miri sebelum kenderaan mereka terbabas berhampiran laluan masuk ke ladang sawit.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, penjenayah melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pump gun ketika anggota polis menghampiri kenderaan mereka.
Katanya, anggota polis bertugas terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
"Dua lagi penjenayah cuba melarikan diri ke kawasan ladang sawit berkenaan. Namun, ketika anggota polis mengejar mereka, seorang daripadanya cuba menyerang anggota polis menggunakan parang menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan atas faktor keselamatan," katanya.
Difahamkan, kesemua penjenayah terbabit, yang dikenal pasti terbabit dalam sekurang-kurangnya 28 kes rompakan di negeri ini dalam usaha meloloskan diri daripada buruan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya, hari ini turut merakamkan penghargaan kepada IPK Sarawak di atas kejayaan berkenaan.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: