SEDANG DI BURU OLEH PIHAK POLIS,DIPECAYAI TERBABIT DALAM KES PEMBUNUHAN PEMANDU TEKSI


SEDANG DI BURU OLEH PIHAK POLIS,DIPECAYAI TERBABIT DALAM KES PEMBUNUHAN PEMANDU TEKSI|Polis Kelantan meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki tempatan berusia lewat 20-an dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan pemandu teksi, semalam.

Susulan itu, satu lakaran wajah suspek diedar untuk perhatian orang ramai.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, fotofit itu dibuat berdasarkan keterangan saksi utama kes dan akan membantu pasukannya mengesan suspek.

"Kita mohon orang ramai untuk bekerjasama sekiranya mempunyai maklumat berhubung suspek itu.

"Mereka boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat untuk menyalur maklumat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, seorang pemandu teksi warga emas maut ditikam ketika memberhentikan teksi di persimpangan lampu isyarat dekat Kampung Pendek, di sini.

Mazlan berkata, bedah siasat dilakukan mendapati mangsa maut akibat tikaman sedalam enam sentimeter dari belakang badannya yang terkena paru-paru.
Katanya, motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top