Pelajar Lelaki Berusia 13 Tahun Ditemui Tergantung Dalam Bilik Di Rumah


 Pelajar Lelaki Berusia 13 Tahun Ditemui Tergantung Dalam Bilik Di Rumah|Pelajar lelaki berusia 13 tahun ditemui tergantung dalam bilik di rumah di Kampung Gong Kemuntong, di sini, petang semalam.

Mayatnya ditemui tergantung 5.40 petang oleh abang iparnya selepas panggilannya untuk mengajak remaja terbabit ke bandar tidak disahut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mayat remaja terbabit ditemui terjerut pada tali buaian yang tergantung pada alang rumah.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut tidak menemui kesan kecederaan lain pada mayat remaja itu kecuali jerutan dilehernya.

Katanya, mayatnya dibawa ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top