Dua beranak yang dipercayai terbabit kes pembunuhan kejam empat mangsa di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah, disambung reman selama 38 hari


Dua beranak yang dipercayai terbabit kes pembunuhan kejam empat mangsa di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah, disambung reman selama 38 hari |Dua beranak yang dipercayai terbabit kes pembunuhan kejam empat mangsa di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah, disambung reman selama 38 hari mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi ini.

Pemohonan sambung reman itu dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafardengan mengemukakan dua kenyataan bertulis daripada polis dan pihaknya sebelum Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan kedua-duanya direman bermula esok hingga 5 Februari depan.

Berdasarkan POCA, selepas 21 hari polis boleh meminta melanjutkan tahanan reman selama 38 hari dengan mengemukakan dua kenyataan bertulis, satu daripada polis dan kedua daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Mohamad Suffian dalam pemohonannya mengatakan antara alasan pihak polis untuk menahan reman kedua-dua lelaki berkenaan adalah untuk melengkap kertas siasatan dan perbuatan jenayah yang dipercayai dilakukan mereka menimbulkan ketakutan serta kegusaran kepada penduduk setempat yang merasakan turut terancam.

Terdahulu dua beranak berusia 57 dan 20 tahun itu dibawa ke mahkamah pada 8.45 pagi menaiki kenderaan polis berasingan dan selepas perintah reman diperoleh kedua-duanya dibawa ke lokap Balai Polis Tapah, dekat sini, pada jam 10.50 pagi.

Pada 8 Disember lalu, dua beranak berkenaan dibebaskan di Mahkamah Majistret Tapah selepas tempoh reman tamat, namun mereka kemudiannya ditahan semula sebelum direman semula keesokannya mengikut POCA selama 21 hari yang tamat hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top