Sindiket Menawarkan Pinjaman Peribadi Hingga Menyebabkan Kira-Kira 20 Mangsa Terpedaya


Sindiket Menawarkan Pinjaman Peribadi Hingga Menyebabkan Kira-Kira 20 Mangsa Terpedaya |Segelintir pegawai institusi kewangan di negara ini dipercayai bersekongkol dengan sindiket menawarkan pinjaman peribadi hingga menyebabkan kira-kira 20 mangsa terpedaya membabitkan penipuan wang lebih RM2 juta.

Lebih membimbangkan urus niaga haram itu hanya dibuat bermodalkan sehelai salinan kad pengenalan mangsa dan dikendalikan mereka yang dipercayai ada kaitan dengan skim pemasaran bertingkat (MLM)

Dalam kes terbaru dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), wanita dikenali sebagai Ana, 33, mendakwa hilang punca sebaik dimaklumkan mempunyai beban hutang mencecah RM140,000 dengan sebuah bank, termasuk empat bulan tunggakan.

“Saya bingung apabila membaca isi kandungan surat diberikan bank. Menurut surat itu, saya membuat pinjaman RM80,000.

“Sedangkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun hanya RM15,000 saja,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top