Seorang Peniaga Gerai Makanan Terpaksa Meringkuk Di Dalam Lokap Apabila Memukul Isteri Yang Lambat Mengambil Anaknya Pulang Dari Sekolah


Seorang Peniaga Gerai Makanan Terpaksa Meringkuk Di Dalam Lokap Apabila Memukul Isteri Yang Lambat Mengambil Anaknya Pulang Dari Sekolah|Seorang peniaga gerai makanan terpaksa meringkuk di dalam lokap apabila direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pukul isterinya di rumah mereka di Jalan Segamat-Labis, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, wanita berusia 47 tahun itu cedera di muka, belakang badan dan kepala akibat dibelasah menggunakan pemegang penyapu lidi oleh suaminya yang berumur 48 tahun yang berang kerana mangsa lambat mengambil anaknya pulang dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek bertindak memukul isterinya selepas berlaku pertengkaran berhubung kelewatan wanita itu pulang selepas menjemput anak perempuan tunggal mereka di sekolah.

Katanya, mangsa sepatutnya membantu menguruskan gerai makan yang diusahakan pasangan berkenaan untuk memulakan operasi pada jam 5 petang, tetapi tidak muncul kerana berada di sekolah anaknya.

“Selepas beberapa jam menunggu di gerai yang mula didatangi pelanggan, suspek mula naik angin dan meninggalkan premis perniagaannya serta pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top