Lelaki Ini Didakwa Membunuh Pelajar Tingkatan Lima Yang Mayatnya Ditemui Dalam Bilik Di Rumahnya Di Teluk Kumbar, Balik Pulau


Lelaki Ini Didakwa Membunuh Pelajar Tingkatan Lima Yang Mayatnya Ditemui Dalam Bilik Di Rumahnya Di Teluk Kumbar, Balik Pulau |Lelaki didakwa membunuh pelajar tingkatan lima yang mayatnya ditemui dalam bilik di rumahnya di Teluk Kumbar, Balik 

Pulau, dekat sini, turut akan dituduh kerana merogol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, siasatan mendapati selain merogol dan membunuh pelajar berkenaan, suspek turut disyaki terbabit dalam satu kes rogol terhadap kerani syarikat swasta pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, ketika siasatan suspek mengaku merogol kerani terbabit dalam bilik tidur di rumahnya di Teluk Kumbar.

"Mangsa dapat mengecam suspek melalui suaranya kerana kejadian berlaku dalam biliknya yang gelap.

"Setakat ini, kita masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan akan menuduh suspek bagi kes rogol dalam masa terdekat," katanya ketika sidang media di pejabatnya, hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top