HOME »
Berita Semasa
»
Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen, Di Sini, Hari Ini, Terhadap Tuduhan Memukul Teman Wanita Dan Mendera Anak Perempuan Teman Wanitanya Berusia Dua Tahun, Oktober Lalu
Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen, Di Sini, Hari Ini, Terhadap Tuduhan Memukul Teman Wanita Dan Mendera Anak Perempuan Teman Wanitanya Berusia Dua Tahun, Oktober Lalu
Posted by Gampang on Monday, November 09, 2015 |
Berita Semasa
Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen, Di Sini, Hari Ini, Terhadap Tuduhan Memukul Teman Wanita Dan Mendera Anak Perempuan Teman Wanitanya Berusia Dua Tahun, Oktober Lalu|Bagaimanapun, Ramizu Che Mat, 33, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak perempuan itu di rumah di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Bharu, di sini, antara 20 hingga 25 Oktober lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, waktu dan lokasi sama, tertuduh didakwa mencederakan teman wanitanya Nor Fadhilah Khori, 21, dengan menggunakan tangan dan kaki.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan rayuan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Lelaki itu turut didakwa mengurung dua beranak terbabit di dalam rumah berkenaan sebelum mereka berjaya melarikan diri ke rumah saudara terdekat, di sini dan membuat laporan polis.
Kanak-kanak itu mengalami lebam di kedua-dua mata dipercayai akibat ditampar, punggung dan badan yang mempunyai kesan dicucuh puntung rokok dan kecederaan lain selain ibu mangsa turut didera dan mengalami kecederaan.
Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini sejurus laporan polis dibuat sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: