Dua Beradik Tiri Maut Selepas Motosikal Yang Dinaiki Mereka Terbabas


Dua Beradik Tiri Maut Selepas Motosikal Yang Dinaiki Mereka Terbabas|Dua beradik tiri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh kereta di Kampung Hutan Buloh Melor, di sini, 6 petang semalam.

Penunggang motosikal, Muhammad Ikhmal Hisyam Mat Zin, 13, dan adik tirinya, 

Muhammad Danieal Akmal Mohd Sakri, 12, maut di lokasi kejadian akibat cedera di kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa menunggang motosikal dari arah Melor ke Gunong, Bachok terbabas sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu lelaki dari arah bertentangan.

"Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan dan meninggal dunia.
"Mereka mengalami kecederaan parah di kepala kerana tidak memakai topi keledar," katanya di sini, hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top