Dua Beradik Berlagak Samseng Akhirnya Ditahan Polis


Dua Beradik Berlagak Samseng Akhirnya Ditahan Polis|Tindakan dua beradik berlagak samseng mengacukan sepucuk pistol ke muka seorang lelaki selepas berang dimarahi menerima padah apabila ditahan polis dalam kejadian di rumah di FELDA Umas 5, Kalabakan, dekat sini, Sabtu minggu lalu.

Dalam kejadian 3 petang itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Bahagian Bantuan Teknik (D6) dan Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut menemui sepucuk revolver .38 Smith & Wesson.

Selain itu, turut dirampas empat butir peluru ,38, satu kotak putih mengandungi 48 butir peluru 9 milimeter 8-01 SME dan 19 kotak merah hitam mengandungi peluru senapang angin jenama Steven Ram Jet SML SPORT Extra Heavy.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 21 tahun yang memberitahu pada jam 3 petang, 24 Oktober lalu, dia didatangi dua lelaki dalam keadaan marah.

Menurutnya, pengadu mendakwa seorang daripada suspek mengacukan objek menyerupai pistol ke arah mukanya dan bimbang dengan keselamatan dirinya, pengadu kemudian membuat laporan polis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top