Kenderaan Khas Ikram Road Scanner Digunakan Bagi Mengesan Kerosakan Jalan Raya


Kenderaan Khas Ikram Road Scanner Digunakan Bagi Mengesan Kerosakan Jalan Raya|Hanya 20 peratus daripada laluan keseluruhan sepanjang 184 kilometer (km) Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dikesan bermasalah.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, baki 80 peratus laluan itu dalam keadaan baik.

Menurutnya, ia sekali gus menolak dakwaan orang ramai keadaan jalan menjadi penyumbang utama kepada kemalangan di lebuh raya berkenaan.

“Berdasarkan pemerhatian saya, hampir 80 peratus keadaan jalan di LPT2 ini berada dalam keadaan baik daripada segi permukaan, kelicinan serta kadar keretakan jalan.

“Manakala selebihnya memerlukan pemerhatian Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melakukan pembaikan segera,” katanya selepas melakukan tinjauan di LPT2 dari Hentian Rehat dan Rawat Perasing ke Cheneh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top