Hanya kerana cemburu buta, seoranSuami Tergamak Membelasah Isterinya Dengan Hos Pembersih Hampagas


Suami Tergamak Membelasah Isterinya Dengan Hos Pembersih Hampagas |Hanya kerana cemburu buta, seorang suami tergamak membelasah isterinya dengan hos pembersih hampagas selepas menuduh wanita itu berlaku curang menyebabkan mangsa cedera di betis, bahu dan lebam di badan.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari kelmarin, lelaki berusia 33 tahun itu yang termakan hasutan rakan konon isterinya berusia 44 tahun mempunyai hubungan sulit, memaki hamun wanita itu di kediaman mereka di Kampung Suka Menanti di sini.

Mangsa yang dikenali sebagai Ros berkata, dia mulanya menafikan perbuatan itu kerana tidak pernah berlaku curang dengan suami, namun tidak diendahkan lelaki berkenaan.

“Puas saya memujuknya, namun tidak berhasil sebelum dia memukul saya dengan hos alat itu berulang kali.

“Tidak cukup dengan itu, suami menampar muka saya dua kali,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top