Video Kejadian Kemalangan Melibatkan Peserta Lumba Haram Di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas)


Video Kejadian Kemalangan Melibatkan Peserta Lumba Haram Di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas)|Menerusi video yang dikongsikan, kira-kira enam buah motosikal kelihatan sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil disaksikan penonton yang bersidai di tepi lebuhraya.



Malangnya, salah sorang pelumba dilihat gagal memotong sebuah kereta jenis Proton Exora menyebabkan dia hilang kawalan lalu mencetuskan kemalangan membabitkan motosikal lain yang juga sedang laju dipandu.


Rempuhan tersebut menyebabkan beberapa pelumba terbabas dan terseret di atas jalan raya sejauh kira-kira 100 meter bersama percikan api.
Berdasarkan komen netizen, kejadian tersebut dilaporkan baru sahaja berlaku namun tidak dinyatakan dengan jelas waktu sebenar.
Semoga apa yang terjadi ini dijadikan sebagai iktibar, baik oleh pelumba haram mahu pun penonton.
Jangan bila dah libatkan kehilangan nyawa baru nak menyesal.. masa tu dah tak berguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top