Tadika ajar murid hina Nabi


 Tadika ajar murid hina Nabi| Sebuah tadika yang beroperasi sejak dua tahun lalu di pusat bandar Alor Setar didapati mengajar muridnya menghina Nabi.

Prof. Madya Dr. Abd Aziz Hanafi selaku pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) mengesahkan bahawa para murid terbabit hanya mengikut apa yang diajar oleh guru tadika dan tidak mengetahui apa-apa.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu mendapat perhatian beberapa waris murid yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai pembelajaran di tadika itu.

"Kaedah yang digunakan guru itu memang bijak. Murid-murid diajar lagu nasyid, puji Nabi, Allah dan sebagainya. Tetapi di sebalik pujian itu ada cercaan terhadap Nabi,” tegas salah seorang waris.

Penyelewengan itu terbongkar apabila para murid mempraktikkan semula apa yang dipelajari di rumah.

Menurut Abd Aziz, tindakan guru terbabit dipercayai ada kaitan dengan penyebaran fahaman Syiah di kalangan kanak-kanak.

"Ini adalah satu tindakan yang terancang. Mereka menyasarkan golongan kanak-kanak berumur 3 sehingga 6 tahun untuk tujuan jangka panjang," ujarnya.

Abd Aziz yang juga pensyarah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan tadika berkenaan termasuklah tenaga pengajarnya.

Tadika berkenaan beroperasi dari Isnin ke Jumaat bermula jam 8.30 pagi sehingga 1 petang. Selain pendedahan terhadap agama Islam, murid turut diajar Bahasa Melayu dan Inggeris. Bayarannya pula mengikut pakej pengajian serendah RM100 sehingga RM800 sebulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top