Suami COO Facebook Mati Mengejut


Suami COO Facebook Mati Mengejut|DAVE Goldberg, suami kepada Ketua Pegawai Operasi Facebook Sheryl Sandberg dilaporkan meninggal dunia tiba-tiba pada malam Jumaat lalu.

Perkhabaran itu dikongsikan oleh abang mendiang, Robert Goldberg di laman Facebooknya.
Tulisnya, “Masih terkejut dan bersedih dengan berita ini, saya ingin memberitahu rakan-rakan dan keluarga mengenai kematian secara mengejut adik saya Dave Goldberg, suami kepada Sheryl Sandberg dan bapa kepada dua orang anak malam tadi.”

Dave merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Survey Monkey dan berkahwin dengan Sheryl pada 2004.

Antara yang menitipkan ucapan takziah buat Sheryl ialah Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg yang menyifatkan mendiang seorang insan yang luar biasa.
Ahli keluarga Dave bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian kepada umum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top