Pelajar dipukul dengan topi keledar


Pelajar dipukul dengan topi keledar|Demi menyelamatkan wang perniagaan di kedai milik keluarganya, di Kampung Padang Tembesu, di sini, seorang pelajar perempuan sanggup bergadai nyawa dan bergelut dengan dua pencuri, semalam.

Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, Nur Azimah Zulkifli, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan, di sini, mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan topi keledar oleh pencuri terbabit.

Menceritakan detik cemas itu, Nur Azimah berkata, ketika berada di kedai runcit milik 
ayahnya, dia didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang kononnya ingin membeli kubis.

"Salah seorang daripada lelaki terbabit turun daripada motosikal dan bertanyakan kubis kepada saya, manakala seorang lagi menunggu di atas motosikal.

"Ketika saya berpaling untuk ambil kubis, lelaki berkenaan menyambar bekas duit yang berada atas meja dalam kedai dan berlari keluar lalu menaiki motosikal itu," katanya.

Menurutnya, dia sempat mengejar dan mengheret lelaki itu menyebabkan motosikal dinaiki kedua-dua lelaki terbabit terbalik dan ketika berebut bekas tersebut, duit syiling di dalamnya jatuh bertaburan ke tanah.

Nur Azimah memberitahu, dia sempat menarik leher baju salah sorang pencuri itu manakala seorang lagi datang untuk membantu rakannya.

"Salah seorang daripada penjenayah itu mengayun topi keledar ke kepala saya sebanyak dua kali dan mengheret tangan saya agar melepaskan kawannya itu.

"Kedua-dua lelaki terbabit berjaya melepaskan diri selepas memukul saya dengan topi keledar dan meninggalkan motosikal dalam keadaan terbalik di depan kedai," katanya.

Ketika kejadian, hanya Nur Azimah berada di kedai berkenaan kerana ayahnya, Zulkifli Yahya, 47, ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top