Model baharu Sony tiada keistimewaan


Model baharu Sony tiada keistimewaan|Sony melancarkan model telefon pintar terbaharunya, Sony Xperia A4 di Jepun sebelum memasuki pasaran negara lain.

Tetapi model terbaharu ini dilihat tidak mempunyai keistimewaan tersendiri kerana model ini menggunakan komponen atau teknologi lama.

 sekali gus membuatkan pemerhati teknologi berasa sedikit hampa kerana menjangkakan Sony akan membawa satu teknologi baru dalam dunia telefon pintar sesuai dengan penjenamaan Sony di pasaran dunia.

Telefon pintar ini mempunyai skrin HD berukuran 4.6 inci dan memilih untuk menggunakan prosesor quad core Snapdragon 801.
Selain itu, terdapat RAM berkapasiti 2GB serta simpanan memori dalaman 16GB ditambah slot microSD.
Fungsi lainnya, ia turut dilengkapi dengan kamera utama 20.7 MP di bahagian belakang serta bateri sebesar 2.600 mAh.

Tidak hanya itu, telefon pintar ini turut mempunyai sambungan WiFi 802.11ac, Bluetooth 4.0 serta 4G LTE.

Jika diteliti, spesifikasi model ini sangat mirip dengan spesifikasi model Xperia Z3 sCompact yang turut dilengkapi dengan ketahanan air serta debu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top