Kesas Sdn. Bhd. (Kesas) tidak dapat mengesahkan rakaman video kemalangan jalan raya melibatkan pelumba haram yang didakwa berlaku di lebuh raya berkenaan awal pagi semalam


Kesas Sdn. Bhd. (Kesas) tidak dapat mengesahkan rakaman video kemalangan jalan raya melibatkan pelumba haram yang didakwa berlaku di lebuh raya berkenaan awal pagi semalam|Kesas dalam satu kenyataan media memberitahu, rekod syarikat konsesi lebuh raya itu bagaimanapun menunjukkan terdapat satu kemalangan dilaporkan pada pukul 5.17 pagi pada 22 September lalu di lebuh raya Kesas. .
“Kesas dengan ini menjelaskan berhubung video kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang telah menjadi viral di media sosial. Pihak Kesas tidak dapat mengesahkan lokasi dan masa kejadian tersebut.
“Bagaimanapun terdapat satu kemalangan di KM29.70 arah timur melibatkan sebuah MPV dan motosikal. Tiada sebarang mangsa dilaporkan pada masa pasukan peronda Kesas tiba di tempat kejadian,” kata kenyataan itu hari ini.
Beberapa rakaman video kemalangan membabitkan beberapa pelumba motosikal haram yang didakwa berlaku di lebuh raya kesas awal pagi semalam kini menjadi viral di media sosial.
Pelumba-pelumba motosikal haram terbabit dipercayai hilang kawalan apabila cuma memotong sebuah Perodua Alza semasa sedang berlumba di lebuh raya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top