HOME »
Berita Semasa
»
KERETA TERBANG
KERETA TERBANG
Posted by Gampang on Thursday, September 10, 2015 |
Berita Semasa
KERETA TERBANG| Dua kereta terhumban ke dalam longkang besar di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran Taman Matahari Height dekat sini, dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Kedua-dua kejadian itu menyebabkan seorang pemandu maut dan seorang kanak-kanak berusia setahun parah.
Dalam kejadian pertama, seorang pemuda, K. Kumaran, 38, maut apabila kereta Proton Saga FL yang dipandunya terjunam ke dalam longkang berkenaan kira-kira pukul 10.45 malam tadi.
Jurucakap polis berkata, rakan mangsa, Abdul Samad Mydin Gani, 39, yang duduk di kerusi penumpang hadapan terselamat apabila berjaya keluar menyelamatkan diri selepas kenderaan itu dimasuki air.
“Ketika kejadian kereta yang dinaiki dua sahabat yang dalam perjalanan dari Senawang ke Taman Tasik Jaya itu dikatakan terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar dan dalam yang terletak di kiri jalan sebelum dibawa arus.
“Rakan mangsa yang selamat meminta bantuan untuk menyelamatkan mangsa semasa kejadian,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa hanya ditemui kira-kira pukul 8.15 pagi ini oleh pasukan bomba dan penyelamat tersangkut kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.
Sementara itu, dalam kejadian kedua, sebuah Proton Perdana yang dinaiki lima sekeluarga dari Taman Lavender Height turut terjunam ke dalam longkang sama selepas mereka berhenti di situ untuk melihat lokasi kejadian pertama.
Jurucakap polis memberitahu, dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, pemandu kereta yang berusia 37 tahun memberhentikan keretanya berdekatan longkang berkenaan lalu turun dan meninggalkan isteri bersama tiga anaknya yang berusia setahun hingga 7 tahun di dalam kenderaan.
“Tanpa disedari, salah seorang anaknya menekan brek tangan menyebabkan kereta itu menggelongsor ke dalam longkang. Isteri pemandu yang berusia 36 tahun sempat melompat keluar namun tiga anak mereka terperangkap.
“Dua daripadanya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun parah dan kini dirawat di hospital yang sama,” katanya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhammad Zaki Harun mengesahkan kejadian berkenaan memberitahu kes-kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: