Kereta Putus Dua ,Penuntut Cedera

1

Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di sini, parah apabila kereta yang dipandu terputus dua selepas melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu di Kampung Telok, di sini, 1.30 petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 25 tahun dikatakan memandu dari Bukit Katil ke Lebuh Ayer Keroh, di sini sebelum terbabas selepas melalui selekoh di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, mangsa 
dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas tersepit beberapa minit di dalam kenderaannya.

Jurucakap itu memberitahu, mangsa luka di mata kiri selain cedera di kedua-dua kakinya.

"Mangsa kini dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut dan siasatan lanjut masih diteruskan polis," kata jurucakap itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top