HOME »
GLOBAL
»
Kaki Wanita Ini Hampir ‘Meletup’Gara-Gara Berjalan 10km
Kaki Wanita Ini Hampir ‘Meletup’Gara-Gara Berjalan 10km
Posted by Gampang on Wednesday, September 23, 2015 |
GLOBAL
Kaki Wanita Ini Hampir ‘Meletup’Gara-Gara Berjalan 10km|“SAYA berjalan sejauh 10 kilometer dan kaki saya hampir ‘meletup’,’’ bunyinya menakutkan tetapi itu yang dialami oleh Melissa King apabila kakinya tiba-tiba membengkak.
Bengkak itu sangat besar dan mengerikan hinggakan seolah-olah ia akan meletup. Keadaan ini menyebabkan King terpaksa menjalani pembedahan serta tidak boleh berjalan selama berminggu-minggu.
Jika tidak dirawat dengan segera, kaki kirinya itu mungkin terpaksa dipotong.
Menurut King, kesakitan yang alaminya adalah tidak tertanggung dan ketika ia mula membengkak, King merasakan kakinya mula kebas dan kemudian tidak dapat merasai jari kaki.
Dia kemudiannya mengejutkan suaminya dan mereka kemudian ke hospital.
Doktor memaklumkan King mengalami simptom di mana kakinya itu membengkak akibat kecederaan lama tetapi dia memaklumkan tidak pernah terlibat dalam kecederaan, hanya berjalan sejauh 10 kilometer sahaja.
Beberapa jam selepas tiba di hospital, kaki kiri King membesar dua kali ganda dan tekanan dalam anggota badannya meningkat tiga kali ganda.
Doktor terpaksa menggunakan pam vakum selama empat hari selepas pembedahan dijalankan bagi menyedut cecair dari dalam kakinya.
Pembedahan kedua juga dilakukan dan kali ini King terpaksa menerima 160 jahitan.
Meskipun pembedahan itu berjaya namun doktor masih mencari punca sebenar kakinya membengkak dengan teruk sekali.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: