Jabatan Pendaftaran Negara Menafikan Bayaran Proses MyKad Kononnya Dinaikkan Dari RM10 Ke RM50


Jabatan Pendaftaran Negara Menafikan Bayaran Proses MyKad Kononnya Dinaikkan Dari RM10 Ke RM50|JPN dalam satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman sesawang rasminya hari ini menyatakan maklumat yang tersebar tersebut adalah tidak benar.
“Sehingga kini tiada sebarang perubahan caj bayaran yang dikenakan ke atas permohonan MyKad,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
“Ingin ditegaskan bahawa sebarang penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan atau hal ehwal berkaitan jabatan ini hanya boleh disahkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai yang dilantik sahaja,” menurutnya.
Dalam kenyataan sama, JPN memaklumkan penukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan dan MyKad sedia ada juga masih sah diguna pakai.
Selain itu pengeluaran MyKad adalah merupakan perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup dan tanpa sebarang tambahan bayaran.
Sehubungan itu, bagi sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN, orang awam dinasihat untuk melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top