Dicekup leka rebus daun ketum


Dicekup leka rebus daun ketum|BALIK PULAU - Dua lelaki berusia 30-an dipercayai pembekal air ketum di daerah ini ditahan polis dalam dua serbuan di Teluk Kumbar dan Sungai Korok, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, kedua-dua lelaki yang tiada pekerjaan itu ditahan ketika sedang leka memasak daun ketum untuk jualan.

Beliau berkata, serbuan ini dibuat selepas polis menerima maklumat orang awam. Serbuan pertama di sebuah rumah di Sungai Korok, Balik Pulau pada jam 12 tengah malam semalam (kelmarin) dan merampas 206 bungkus air ketum.

“Rumah itu adalah milik keluarga suspek dan mereka tahu kegiatannya,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, polis kemudian menyerbu sebuah pondok di Sungai Batu, Teluk Kumbar pada 
jam 4.15 petang (hari sama) dan merampas 92 bungkusan air ketum yang siap diproses.
Nilai rampasan ialah kira-kira RM1,000.

Selain bungkusan air ketum, polis merampas daun ketum yang belum dimasak, tong gas, periuk besar, dapur dan tong ais dipercayai digunakan untuk memprosesnya.

"Kita percaya, air ketum yang dijual RM6 sebungkus adalah untuk pasaran sekitarnya, terutama nelayan dan pekerja kilang.

“Kedua-duanya juga tiada kaitan antara satu sama lain manakala tempat terbabit juga tidak pernah diserbu. Mereka sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Fah Hin berkata, kedua-dua suspek memperolehi bekalan daun ketum dari kawasan sekitar.
“Mereka hanya pembekal dan tukang masak kerana ada pihak lain yang akan menjualnya," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top