Budak 2 Tahun Tertembak Muka Sendiri


Budak 2 Tahun Tertembak Muka Sendiri|Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas tertembak mukanya sendiri dengan sepucuk pistol yang dikatakan berada di bawah selimut di atas katilnya.

Dalam kejadian di Phoenix, kelmarin, kanak-kanak terbabit yang namanya dirahsiakan dan 
abangnya berusia tujuh tahun bermain atas katil sebelum menemui pistol milik bapanya yang ketika itu tiada di rumah.

Menurut rakaman audio dikeluarkan polis, ibu saudara mangsa yang mencuci pinggan di dapur bergegas menelefon pihak berkuasa dan didengar memberitahu operator bahawa kanak-kanak terbabit sukar bernafas selepas menembak wajahnya sendiri.

“Ibu saya memegangnya dan dia kelihatan sukar bernafas,” katanya.
Peluru itu menembusi pipi dan keluar mengikut kepala kanak-kanak malang itu.
Sebahagian kecil tengkoraknya terpaksa dibuang bagi mengelak pembengkakan. Dia kini dilaporkan stabil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top