Betul Ke Vitagen Boleh Aktifkan Sel Kanser? Ini Jawapannya


Betul Ke Vitagen Boleh Aktifkan Sel Kanser? Ini Jawapannya|Baru-baru ini, satu kisahtragik heboh diperkatakan di media sosial apabila seorang individu menceritakan nasibmalang yang menimpa anaknya kerana disahkan menghidapi penyakit kanser darah.

Menurut tulisan di entri tersebut, si anak meninggal dunia setelah menderita penyakit itu yang berpunca dari minuman berkultur seperti Vitagen, Yakult dan Solivite!
Dalam proses uji kaji yang dibuat terhadap air sum-sum tulang belakang si anak itu menemui banyak bakteria yang berasal dari minuman berkultur.

1

Sekadar informasi, menurut pakar kesihatan, minuman berkultur sememangnya baik untuk kesihatan terutamanya sistem usus.

Lantas dakwaan tersebut menimbulkan banyak persoalan terutamanya tentang kebenaran cerita. Betul ke?

1

Menurut seorang pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad, minuman berkultur sebenarnya selamat dan mampu merawat penyakit secara semula jadi tanpa sebarang ubat andai ia diambil individu sihat.

Namun ujarnya, bagi sesetengah individu, ia tidak sesuai memandangkan minuman berkultur mengandungi bakteria aktif dan boleh memberikan kesan sampingan.

Memetik kenyataannya dari blog peribadi, drzubaidi.com , “Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.”

Tambah beliau lagi, antara pesakit yang tidak disarankan mengambil minuman tersebut adalah pesakit HIV/Aids, pesakit Diabetes dan kanser.

“Ini termasuk pesakit HIV/Aids, orang yang baru menerima derma organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan, pesakit diabetes, kanser dan yang sedang menerima rawatan untuk kanser, pesakit ginjal dan menjalani rawatan dialisis, pesakit autoimun seperti SLE, pesakit yang mendapat rawatan steroid dan pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.”

Apa-apapun, mana-mana individu dinasihati tidak mudah mempercayai sesuatu dakwaan yang tiada hujung pangkalnya, dan mengambil kesimpulan mudah untuk menyebarkannya kepada pihak lain.

Kita digalakkan untuk berkongsi ilmu, bukanlah sesuatu fakta yang tidak sahih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Wah! Berderau darah kejap hehe,sebab saya juga Peminat Vitagen Ni,.

    ReplyDelete
  2. Wah! Berderau darah kejap hehe,sebab saya juga Peminat Vitagen Ni,.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top