7 CARA SUAMI ANDA LUAHKAN 'I LOVE YOU' SECARA SENYAP-SENYAP!!


7 CARA SUAMI ANDA LUAHKAN 'I LOVE YOU' SECARA SENYAP-SENYAP!! | Bagi mereka yang sudah berkahwin, pasti sukar untuk si suami meluahkan perasaan mereka pada anda, lebih-lebih lagi untuk menyebut 3 perkataan mudah ‘I love you’.
 
Walaupun suami anda jarang untuk menyebut 3 perkataan mudah tersebut, namun tindak-tanduknya sudah membuktikan betapa sayangnya mereka pada anda.
 
Kalau boleh ingin sekali suami anda menjerit untuk meluahkan rasa cintanya pada anda.
 
Tapi janganlah anda memikirkan perkara tidak elok pula, jika dia tidak lagi romantik seperti zaman bercinta dulu.
 
Macam orang selalu cakap, sekeras-keras lelaki pun, dalam hati ada taman!
 
Untuk para wanita dan isteri, ketahui, bagaimana cara suami anda meluahkan rasa cintanyanya kepada anda secara senyap-senyap.
 
1. Dia biarkan anda memilih
1
Jika anda pergi menonton filem, pasti suami anda akan menyerahkan keputusan kepada anda untuk memilih filem apa yang akan ditonton kerana ia sangat penting baginya. Begitu juga makan malam, warna kereta, destinasi percutian, pasti dia akan membiarkan anda untuk membuat keputusan kerana baginya anda sangat penting baginya.
 
2. Dia akan membantu anda di rumah
 
1
Tidak semua lelaki dan suami ringan tulang. Jika suami anda sering membantu anda melakukan kerja rumah, jangan anda ingat suami anda buang tabiat pulak. Baginya, itu menunjukkan tanda sayang dan cinta kepada isterinya. Tidak sekali dia ingin melihat anda berseorangan menguruskan rumah.
 
3. Dia meminta nasihat dari anda
1
Apabila suami anda meminta nasihat dari anda, bukan sahaja dia memberitahu anda bahawa dia mencintai kamu, tetapi dia juga memberitahu anda bahawa dia mempercayai anda untuk memberikan petunjuk.
 
Sangat sukar untuk lelaki meminta nasihat dari wanita. Jadi jika suami anda ingin mendapatkan nasihat dari anda, ini bermakna anda adalah orang yang dia dihormati , percayai dan amat disayangi. Itulah cara untuknya meluahkan perkataan ‘I love you’ pada anda.
 
4. Dia memegang tangan anda
 
1
Dengan cara memegang tangan anda sama ada dirumah, mahupun di luar, sebenarnya itu adalah cara mereka meluahkan perkataan ‘I love you’. Memegang tangan adalah tindakan mudah untuk meluahkan rasa cinta.
 
5. Dia membantu anda untuk membeli-belah
 
1
Sama ada membeli-belah bersama anda atau seorang diri ketika pulang dari kerja, suami anda sanggup untuk membantu anda. Kadang kala anda meminta suami untuk membelikan sesuatu jika dia pulang dari kerja, dan dia akan menuruti kehendak kamu. Itu juga cara senyap suami anda meluahkan rasa cintanya kepada anda.
 
6. Dia mendengar luahan dan kekecewaan anda
 
1
Tidak dapat disangkal lagi, wanita ni suka mengadu jika mempunyai masalah atau kecewa mengenai sesuatu. Jika suami anda bersedia mendengar luahan dan kekecewaan anda, bahkan sentiasa meredakan kesedihan anda, itu adalah caranya untuk menyatakan ‘I love you’ pada anda. Jika suami anda masih lagi duduk dan mendengar luahan yang sama berulang-ulang kali, dia patut di beri pengiktirafan.
 
7. Dia senyum pada anda
 
1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top