RESEPI

Resepi Ikan Masak Singgang Baik Untuk Mencegah COVID-19

11 Mar 2020

INFORMASI

ArtisTanah Air

Trend Terbaru Rambut Berbentuk‘Love’Jadi Tumpuan Di Korea Selatan


Trend Terbaru Rambut Berbentuk‘Love’Jadi Tumpuan Di Korea Selatan-PERHATIAN kepada semua penggemar fesyen rambut terkini, gaya rambut berbentuk ‘hati’ kini menjadi trend di Korea Selatan!
Ya, mungkin ada yang menyatakan ia agak pelik dan lucu namun gaya yang dipanggil Hateu appmuhri atau heart-bangs hair itu sudah menular di kalangan wanita di sana.

Jika dilihat dengan lebih teliti, gaya rambut ini dilakukan pada bahagian hadapan sahaja yang dibentuk seperti ‘hati’ di dahi wanita yang menggayakannya.
Macam biasalah, trend pelik dan aneh seperti ini selalunya akan mendapat perhatian ramai di Korea Selatan terlebih dahulu sebelum menular pantas ke negara-negara lain.

Sebelum ini, bintang Hollywood terkenal, Kendall Jenner juga pernah menggayakan rambutnya menjadi seperti hati dan gambarnya itu meraih hampir 3 juta likes di laman Instagramnya.
Walaubagaimanapun, gaya ini bukan sahaja mendapat perhatian kepada kaum hawa sahaja, terdapat golongan lelaki tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta mengikut trend yang kini viral di sosial media di sana.

Namun, gaya yang sedang trending ini juga turut mendapat kritikan netizen yang menyakat serta menyamakan gaya tersebut sama seperti watak kartun popular dahulu iaituSailormoon!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Kedai Online

LIVE STREAMING

Radio Online

Teknologi

Lirik Lagu

Vedio TerKini