HOME »
GLOBAL
»
Polis Thai Mula Buru Suspek Letupan Bom Bangkok
Polis Thai Mula Buru Suspek Letupan Bom Bangkok
Posted by Gampang on Tuesday, August 18, 2015 |
GLOBAL
Polis Thai Mula Buru Suspek Letupan Bom Bangkok-Seorang lelaki yang dilihat hasil rakaman sebuah kamera litar tertutup atau CCTV berhampiran Kuil Erawan di tengah ibu kota Thailand pada Isnin kini menjadi orang buruan paling dikehendaki.
Pihak berkuasa Thailand pada Selasa mendedahkan, mereka sedang memburu suspek yang dipercayai meletakkan bom sebelum ia meletup dan mengorbankan sekurang-kurangnya 27 mangsa awal malam Isnin.
Media-media negara tersebut melaporkan, sumber keselamatan sebagai berkata, pihak Polis Diraja Thailand sedang giat memburu seorang lelaki dewasa yang dipercayai bukan warganegara tempatan.
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha menyifatkan serangan nekad tersebut yang tidak dijangka pelbagai pihak sebagai ‘kejadian paling buruk yang pernah berlaku’ dalam sejarah moden Thailand.
“Mereka sengaja mahu memusnahkan sektor ekonomi kita, industri pelancongan kita.” katanya. Setakat ini belum ada lagi pihak atau kumpulan tertentu yang mengaku sebagai bertanggungjawab.
Gambar suspek berbaju kuning tersebut disebarkan melalui media sosial menunjukkan dia mengalas beg sandang sebelum rakaman lain menunjukkan beg yang dibawanya sudah tidak kelihatan sejurus sebelum letupan.
Di sepanjang jalan tempat letupan itu berlaku memang mempunyai beberapa CCTV dipasang kerana kawasan tersebut secara kebetulan tempat tarikan utama pelancong antarabangsa di Bangkok.
Suasana pada Isnin malam yang lazimnya sibuk di persimpangan Ratchaprasong tiba-tiba bertukar menjadi amat menakutkan apabila letupan bom menggegarkan kawasan pelancongan terkenal itu.
Kejadian buruk itu mengorbankan 27 orang (angka terkini daripada agensi berita Reuters), termasuk dua rakyat Malaysia selain mencederakan berpuluh-puluh, sebahagian besar penduduk tempatan yang lain.
Seorang pelancong dari Czech Republic yang hanya mahu dikenali sebagai Meck, yang menyaksikan insiden tersebut sejurus letupan, menggambarkan lokasi berlaku pengeboman itu sebagai ‘dahsyat’.
Ini memandangkan terdapat banyak mayat yang dilihat bergelimpangan di atas jalan raya selain ratusan mangsa yang masih lagi cedera merintih cuba meminta bantuan daripada orang ramai.
“Saya berada di sebuah pusat beli-belah berhampiran dan apabila terdengar letupan, saya segera bergegas keluar manakala orang ramai pula menjerit-jerit sambil bertempiaran lari bagaikan diserang histeria.
“Saya berlari menuju tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya dan dari jauh lagi saya boleh nampak api kebakaran dan asap berkepul,” katanya ketika ditemui pemberita.
Letupan pada pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berhampiran sebuah kuil Hindu terkenal, Kuil Erawan dan kawasan beli-belah mewah di Bangkok.
Letupan itu turut memusnahkan beberapa buah kereta dan motosikal. Laporan turut menyebut bahawa penjaja jalanan di sepanjang jalan itu juga dipercayai antara mangsa letupan berkenaan.
Meck, yang belum pernah menyaksikan letupan seperti itu sebelum ini, berkata setibanya di tempat kejadian, dia mendapati beberapa mangsa berlumuran darah bergelimpangan di atas tanah, ada antaranya masih hidup.
“Mangsa berselerak di beberapa tempat dan ada antara mereka yang hilang anggota badan, darah pula ada di mana-mana. Saya berasa sungguh takut untuk terus berada di situ kerana bimbang berlaku lagi letupan.
“Jadi saya pun beredar. Sememangnya amat menyakitkan dan menyedihkan untuk melihat insiden seperti ini berlaku di bandar raya yang aman damai seperti Bangkok. Doa saya bagi keluarga mangsa,” katanya.
Beberapa buah pusat beli-belah terkenal yang berhampiran tempat kejadian antaranya Siam Centre dan Siam Paragon, terpaksa ditutup lebih awal pada pukul 9.30 malam Isnin berikutan letupan kuat tersebut.
Wartawan Sin Chew Jit Poh, Soh Li Nah yang berada di Bangkok menyertai lawatan media Malaysia berkata, dia dengar letupan kuat dan merasai gegaran masa dalam perjalanan untuk makan malam di hotel berhampiran.
“Kami semua petugas media Malaysia menaiki sebuah van dan kami pada mulanya sangkakan ia hanya bunyi guruh yang kuat, jadi kami tidak mengendahkan sahaja bunyi letupan dahsyat tersebut.
“Tidak lama kemudian kami dapat tahu tentang letupan itu dan saya sangat terperanjat. Saya tidak pernah sangka akan melalui pengalaman ini dalam kunjungan pertama ke Bangkok,” katanya kepada agensi Bernama di sini.
Persimpangan Ratchaprasong di tengah-tengah Bangkok merupakan lokasi tunjuk perasaan kumpulan Baju Merah pada 2010 dan kemudian Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat pada 2014.
Kedua-dua tunjuk perasaan itu akhirnya berkesudahan dengan ‘drama’ rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah oleh pihak tentera Thailand dan penyingkiran bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
Sungguhpun insiden pengeboman itu berlaku tidak jauh dari stesen Chitlom bagi perkhidmatan kereta api Bangkok Train Service atau lebih dikenali sebagai ‘skytrain’, perkhidmatan itu terus beroperasi.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: