Polis Rancang Tubuh Unit Dron – KPN


Polis Rancang Tubuh Unit Dron – KPN|Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk menubuhkan unit pengawasan udara menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Dron membolehkan kita membuat pengawasan lebih baik,” kata Khalid, sambil menambah bahawa selain daripada hanya menambah bilangan anggota, polis akan menggunakan teknologi untuk meningkatkan keupayaan kepolisiannya.

“Jangan bimbang, dron ini tidak akan dipasang dengan peluru berpandu, tetapi hanya kamera,” katanya pada sesi sembang dalam talian ‘Santai With IGP’ (Santai Bersama KPN) yang dianjurkan oleh Yayasan Pengaman Malaysia di sini, Selasa.

Tambah Khalid, penggunaan dron itu akan menjimatkan tenaga kerja di samping memastikan pengawasan di jalanan berjalan lebih lancar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top