Pasangan Suami Isteri Berusia 60-an Parah Selepas Ditikam Oleh Anak Mereka


Pasangan Suami Isteri Berusia 60-an Parah Selepas Ditikam Oleh Anak Mereka-Pasangan suami isteri berusia 60-an parah selepas ditikam anak lelaki angkat mereka dengan pisau di kediaman mereka di taman suria, di sini, 9.30 pagi hari ini.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian selepas dia tidak dibenarkan masuk ke rumah itu selepas berlaku pertengkaran dengan ibu bapanya kira-kira 10 malam tadi.

Menurut sumber, bagaimanapun sebaik mangsa membuka pintu rumah, suspek terus masuk dan berlaku pertengkaran sebelum bertindak menikam perut ibunya sementara bapanya ditikam di pinggang kiri.

“Mangsa yang tercedera kemudian berlari meminta pertolongan daripada jiran. Bapa mangsa yang tercedera turut dihentak dua kali dengan topi keledar ketika berada di luar rumah,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian menghubungi ambulans dan pihak polis yang datang dan menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu dan mangsa kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top