MH370:Banyak Serpihan Ditemui Di Pulau Maldies Bukan Milik MH370


MH370:Banyak Serpihan Ditemui Di Pulau Maldies Bukan Milik MH370-Kebanyakan serpihan yang ditemui di
Maldives bukan milik pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai.
“Kebanyakan serpihan itu negatif. Serpihan itu tiada kaitan dengan MH370 dan
ia bukan bahan pesawat,” katanya kepada pemberita pada satu majlis di Wisma MCA
di sini, hari ini.
Liow berkata ini adalah berdasarkan laporan diterima daripada pasukan
Malaysia yang dihantar ke Maldives bagi meneliti serpihan yang ditemui di pulau
berkenaan.
“Kita akan menunggu kepulangan mereka. Jika ada sebarang serpihan yang
dibawa balik, mereka akan menyerahkannya kepada pasukan penyiasat antarabangsa,”
katanya.
Pasukan penyiasat Malaysia dihantar ke Maldives Selasa lepas, untuk
mengesahkan sama ada objek itu dipercayai sebahagian daripada pesawat MH370 yang
hilang dari radar pada Mac tahun lepas.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang
dan anak kapal, hilang pada 8 Mac 2014.
Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan
serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top