Kerana Minta Peha Ayam, Pekerja Nando’s Label Pelanggan ‘Cibai’

Kerana Minta Peha Ayam, Pekerja Nando’s Label Pelanggan ‘Cibai’|SEMUA tahu, dalam apa-apa urusan berkaitan perkhidmatan, pelanggan menjadi keutamaan kerana urus niaga yang dibuat merupakan sumber kewangan.

Malah, ayat ‘customer is always right’ acapkali disebut bagi menggambarkan kepentingan layanan terhadap pelanggan.

Namun, ada segelintir pekerja gagal menunjukkan imej bersih ketika berhadapan dengan kerenah pelanggan, lantas memburukkan nama syarikat yang diwakilinya.
1

Insiden tersebut menjadi panas di Internet dan ramai pihak mengutuk sikap kurang ajar pelayan tersebut yang dilihat gagal mengawal amarahnya dalam berhadapan isu remeh.
Dalam lampiran sekeping resit yang dikongsi ramai pengguna media sosial, jelas tertulis perkataan ‘cibai’ yang merujuk kepada pelanggan berkenaan.
Kerana Minta Peha Ayam, Pekerja Nando’s Label Pelanggan ‘Cibai’
Kerana Minta Peha Ayam, Pekerja Nando’s Label Pelanggan ‘Cibai’
Al kisahnya, menurut sumber, kejadian bermula setelah seorang pelanggan meminta untuk menukar bahagian ayam namun permintaannya ditolak pelayan bernama Shaqir atas alasan pelanggan sedang ramai.

Si pelanggan kemudiannya membuat permintaan sama kepada pengurus restoran, lantas si pelayan terpaksa akur dan memberi bahagian peha ayam yang diminta.
Mungkin bengang dengan tindakan pelanggan tersebut, pelayan itu meletakkan perkataan ‘cibai’ bagi merujuk kepada pelanggan berkenaan pada resitnya.

Seharusnya, sebagai seorang pelayan, empunya diri perlu sedar akan cabaran yang dihadapinya dalam melayan karenah pelanggan yang datang dari latar belakang berbeza.
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain…

Walaupun isu ini nampak remeh, namun pihak Nando’s harus membuka mata dan mengambil inisiatif bagi mengelak keadaan sama berulang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top