HOME »
Teknologi
»
Huawei Honor 4X Dipasarkan Di Malaysia
Huawei Honor 4X Dipasarkan Di Malaysia
Posted by Gampang on Monday, August 17, 2015 |
Teknologi
Seolah-olah menantikan penguatkuasaan GST, Huawei akan melancarkan telefon pintar Huawei Honor 4X di Malaysia pada 1 April ini dan ia akan dijual pada harga RM699, iaitu lebih mahal berbanding Redmi Note 4G.
Huawei Honor 4X Dipasarkan Di Malaysia
Huawei Honor 4X akan dipasarkan di Malaysia menjelang 1 April pada harga RM699. Pada mulanya ia dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 410, tetapi yang dibawa masuk ke Malaysia dilengkapi pemproses 64 bit, 8 teras buatan sendiri Huawei, Kirin 620 disokong 2GB RAM. Ia juga hadir dengan skrin 720p berukuran 5.5 inci, 8GB ruang storan dengan sokongan kad MicrosSD, kamera utama BSI 13MP dan kamera hadapan 5MP manakala baterinya berkapasiti 3,000mAh. Ini meletakkannya di antara telefon pintar Honor 6 dan Honor 3C.
Ia mempunyai ukuran 8.65mm tebal dan mempunyai berat 170g manakala dipasang dengan versi Android 4.4 Kitkat yang disokong antaramuka EMUI 3.0. Menariknya, telefon pintar ini menyokong 2 kad SIM dan rangkaian 4G LTE.
Walaupun telefon pintar ini antara telefon pintar pertama dilancarkan dalam era penguatkuasaan GST, VMall.my akan menawarkan tawaran istimewa untuk telefon pintar ini. Tidak dapat dipastikan apa yang akan mereka tawarkan, tetapi mereka mungkin akan menawarkan hadiah percuma bagi mereka yang menempah awal telefon pintar ini. Untuk menjadi antara yang pertama mengetahui tentang tawaran ini, anda bolehlah mendaftarkan minat anda di pautan ini.


No comments: